Artis Meninggal,
Artis Veteran,
Pelawak,
Zami Ismail,
Zami Ismail, 67, pada pagi Ahad, ternyata meninggalkan impak dan begitu dirasai oleh sekalian penggiat seni tanah air dan peminat komedi. Allahyarham yang cukup terkenal dengan watak Pak Uda menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT) pada era 1980-an hingga lewat 1990-an itu meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad di Insitut Jantung Negara (IJN).

Sejak menceburi bidang lakonan pada 1980an, Zami sudah membintangi 20 buah filem seperti Mat Som, Pening-Pening Lalat, Wanita Bertudung Hitam, Jin Hutan, Zombie Kampung Pisang, Shhh...Dia Datang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Janin dan yang terakhir Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit pada Mac lalu.

Allahyarham pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-9 menerusi filem Mat Som, selain tercalon untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM11 menerusi Wanita Bertudung Hitam.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak selepas solat Asar, petang Ahad.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.
Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.
-Ps: salam takziah kepada keluarga Pak Uda dan al Fatihah diatas kepemergiaannya ke sisi Tuhan.
Tag
:
Artis Meninggal
,
Artis Veteran
,
Pelawak
,
Zami Ismail