Nana ex-XFM ke Hot FM

Pada: Rabu, 22 Jun 2011
Ex-deejay radio XFM, Nana Mahazan menolak khabar angin bahawa dia mempunyai masalah dengan rangkaian radio Airtime Management & Programming (AMP) sehingga menerima tawaran menyertai stesen radio Hot FM hak milik Media Prima. Malah kata Nana, dia menerima tawaran yang diberikan oleh stesen radio Hot FM kerana merasakan ia sesuai pada situasinya sekarang. Sebab Nana sekarang berhenti kerja secara sepenuh masa dan mahu buat kerja 'part-time' sahaja di Hot FM.

"Saya berhenti bukan kerana saya mempunyai masalah atau berkecil hati dengan mereka tapi memang sudah tiba masanya untuk berhenti dan memberi perhatian kepada keluarga. Kalau saya mempunyai masalah dengan XFM seperti mana yang diperkatakan, sudah lama rasanya saya berbuat demikian. Sebenarnya ini bukan kali pertama Hot FM tawarkan saya menyertai mereka," katanya
-Sumber : mStar

Tag : , , , ,