Gambit minta maaf hina blogger!

Pada: Selasa, 7 Jun 2011
Selepas video ini ditayangkan kepada umum terutama oleh para blogger-blogger dan juga segelintir media-media, Gambit Saifullah yang juga 'pelaksana' video berkenaan baru-baru ini menyatakan rasa ketidak puas hatinya kepada mereka-mereka yang menyiarkan video berkenaan. Rasa ketidak puas hatinya itu seolah olah ditujukan kepada para blogger, dengan perkataan yang mengumpamakan sesuatu yang hina sekali. Tidak tahulah kenapa sanggup berkata demikian, adakah ini satu kebebasan dalam dunia lama sosial?

Telajak perahu boleh diundur, tapi telajak kata, badan mampu binasa. Akhirnya Gambit memohon kemaafan diatas ketelanjurannya dalam berTwitt. Baguslah macam itu Gambit, kata orang, orang yang berjaya itu adalah orang yang boleh menerima kritikan yang membina. kita sebagai orang Islam jangan menghukum Gambit, tapi berdoalah agar Gambit menerima petunjuk. hurm.. Video sebelum itu memang cukup kontroversi. Alasan Gambit, video itu adalah permintaan pasaran di Amerika, yang anehnya, klip video berkenaan berbahasa Melayu. Ishhk..

Tag : , , ,