filem KL Gangster kutip RM5-6 juta, 3 hari

Pada: Selasa, 14 Jun 2011
Tahniah lah kepada krew-krew dan juga penaraju utama filem KL Gangster, Syamsul Yusof, yang telah dikhabarkan mengutip keuntungan sangat-sangat membrangsangkan selama 3 hari penayangannya. Mengikut sumber mStar, filem ini berjaya mengutip RM5 juta selama 3 hari, 9 Jun hingga 11 Jun lalu. Manakala sumber ManggaOnline mengatakan filem ini mengutip hampir RM6.2 juta dalam tempoh yang sama. Mana satu sumber yang betul itu tidak dapat dipastikan kerana kedua-duanya adalah media massa yang dikenali.

Pun begitu mengenai filem ini, mungkin agak menarik untuk diperkatakan. Melihat sahaja kutipan yang begitu dasyat, filem ini sememangnya merupakan satu filem yang boleh dikira mendapat liputan meluas, penanyangannya di Singapura dan juga Brunei DS. Dan dibarisi oleh pelakon handalan seperti Aaron Aziz, Ady Putra dan Zizan RL. Satu pencapaian yang terbaik buat pengarah muda Syamsul. Taklama lagi jutawan lah Syamsul ni, dah lah Khurafat kutip RM8.08 juta. Kayo2!!

Tag : , , ,