Pada:
Rabu, 15 Jun 2011
Anuar memulakan karier solo sejak 1998 itu menerima anugerah berkenaan atas atas kegigihan dan usaha yang tidak berbelah bahagi dirinya dalam memartabatkan industri muzik tanah air. Anuar yang mempunyai tiga album solo mencipta pelbagai kejayaan sama ada di dalam mahupun di luar negara.Turut memeriahkan suasana majlis ialah artis terkemuka Oxford, Georginia, yang menyampaikan sebuah lagu istimewa untuk Anuar, manakala persembahan video yang bertajuk Anuar Zain The Journey turut disediakan khas oleh Oxcell. Penyampaian biografinya pula disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif, European Council for Business Education (ECBE), R. Bryan Holden. Majlis penganugerahan itu turut dijayakan Presiden Oxcell, Dr. Saiful Bahri, ahli korporat, serta golongan profesional daripada Oxford, London dan Malaysia. -Bharian
-tahniah Anuar Zain, semoga berjaya lagi dan terus ke hadapan.
Tag : Anuar Zain , Berita Artis , Penyanyi , United Kingdom

