Pada:
Selasa, 31 Mei 2011

Teman-teman saya mendapat maklumat mengenai filem Kongsi daripada akhbar, majalah dan program di televisyen. Semua maklumat yang mereka dapat mengkelaskan Kongsi filem yang hebat, lakonan pelakon utama yang saya tidak tahu namanya dikatakan cukup hebat. Sebelum terlupa pelakon ini muncul sebagai “Bintang Paling Popular” dalam satu pertandingan siapa yang paling popular.

Kerana banyak pengalaman dikecewakan oleh filem kutipan tinggi, saya menolak menonton Kongsi. Teori saya mudah saja, mana-mana filem yang mendapat sambutan hebat, filem itu amat jarang memberikan satu kepuasan yang setimpal daripada sudut mutu. Amat jarang sekali filem-filem begini menyuntik suatu pemikiran baru untuk dikongsikan dengan penonton.
Saya katakan kepada teman-teman tadi, tahap pemikiran sebahagian besar penonton filem tempatan sangat rendah. Mereka inilah yang dipergunakan oleh sesetengah penerbit untuk membuat filem-filem yang menepati selera penonton.
Bukan tidak ada filem tempatan yang baik, tetapi jangka hayatnya singkat di panggung. Selepas itu pengarahnya tidak akan diberi peluang lagi oleh penerbit kerana tidak membawa keuntungan. Semua orang tahu, selepas Kongsi, akan berderetlah peluang mengarah kepada pengarahnya dan saya tidak pernah ambil peduli. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa. -Utusan
Ps: admin dah tengok filem Kongsi tue, tp main download jerk, hehe, sebab kalau g cinema tengok wayang oversea jerk. paling admin tak suka kat Kongsi tu, bila babak terbang-terbang kat pasar tue, mesti ramai orang awam kat sana menonton shooting, cubalah jangan tengok bila orang tengah berlakon, len sudah feel tue filem, macam kedapatan tidak se'real' mana, tengok macam filem-filem di Thai, HK, China, pasti orang awam di sana tidak melihat adegan aksi berlakon, dorang buat dek selamba jerk jalan2. but anyway, len padang len belalng, len fikiran len tontonan..
Tag : Filem , Luahan Peminat , Pengarah Filem , Shaheizy Sam