Suria FM kini di Sabah, pejabat di 1Borneo

Pada: Selasa, 15 Mac 2011
Stesen radio paling hangat di kalangan pendengar-pendengar di Negeri Sabah, Suria FM, kini membuka sebuah studio khas untuk siaran di negeri Sabah yang diberi nama Suria FM Sabah. Majlis perasmian studio baru ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan yang juga merupakan tetamu pertama yang bersiaran secara langsung di radio Suria FM Sabah.

DJ Othoe bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan di Studio Suria Fm di shopping kompleks terbesar di Asia Tenggara, 1Borneo, Kota Kinabalu.

Suria FM Sabah beroperasi bermula 1 mac lalu di Tingkat 2, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Siarannya boleh diikuti menerusi frekuensi 105.9 FM di sekitar bandaraya Kota Kinabalu. Selain menyajikan lagu-lagu tempatan dari pelbagai bahasa etnik di Sabah, Suria FM Sabah juga turut memutarkan lagu-lagu komersial artis dalam dan luar negara. Lagu-lagu disusun mengikut citarasa para pendengar.

Suria FM Sabah tidak hanya mementingkan hiburan semata-mata, malah lebih dari itu ia cuba untuk menjadi medium dalam mempromosikan aktiviti masyarakat khasnya di Sabah yang meliputi aktiviti kebudayaan, perayaan dan juga isu-isu tempatan dan luar negeri. Satu konsert besar-besaran sempena meraihkan pendengar Suria FM Sabah telah diadakan pada 5 Mac 2011 lalu yang bermula dari jam 8 malam hingga jam 2 pagi.

Konsert tersebut yang berlangsung di Boulavard Lane 1 Borneo Hypermall membariskan persembahan oleh artis-artis terkenal temapatan dan tanahair seperti Jimmy Palikat, Peter Dickie Lee, The Devine Master, Abu Bakar Elah, Adira, Adam, Stacy, Hattan dan Amy Search.

Suria FM Sabah diterajui oleh tiga orang DJ penyampai yang cukup berkaliber iaitu DJ Othoe, Lotter (Dudu ) dan Velvet. Pastinya mereka akan mengalas tugas dengan penuh dedikasi khas untuk pendengar-pendengar Suria FM Sabah. -knightricochet

Tag : , , , ,