Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sam Bunkface timang cahaya mata (gambar baby)

Rabu, 14 September 2016

Baby bump isteri Sam Bunkface (3 gambar)

Ahad, 12 Jun 2016

Tiga bulan lagi penyanyi Sam Bunkface bakal bergelar bapa. Isterinya Aida dijangka bakal bersalin pada 9 September ini dan Sam akui beliau merasa tidak sabar tetapi pada masa yang sama berdebar menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka. Tapi Sam masih belum mengetahui jantina anaknya itu.

Sam Bunkface bakal bergelar ayah, isteri hamil berusia...

Khamis, 10 Mac 2016

Tahniah diucapkan kepada Sam Bunkface dan isterinya, Aida Azira yang difahamkan kini berbadan dua. Usia kandungan Aida kini diantara 2-3 bulan.

Memetik Bharian, Aida akan dijadualkan bersalin pada bulan September hadapan.
"Sekarang Aida sedang hamil tiga bulan. Perasaan saya sudah tentu seronok dan teruja kerana selepas hampir setahun menunggu, akhirnya saya bakal dikurniakan cahaya mata.

"Setakat ini isteri saya tidak mengalami alahan teruk. Setakat muntah-muntah itu adalah perkara biasa. "Kami bagaimanapun belum mengetahui jantina anak dalam kandungan. Saya pula tidak kisah berhubung jantina bayi, asalkan dia sihat dan sempurna," katanya

Sekitar pernikahan Sam Bunkface (14 gambar)

Ahad, 26 April 2015

Sam Bunkface selamat bergelar suami (gambar)

Sabtu, 25 April 2015

Hanya sekali lafaz, vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharum, 28, dan Aida Azira Hussin, 28, selamat diijabkabulkan dalam majlis sederhana di Dewan Sapura, Mines Resort City pada 9.24 pagi.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah Ustaz Mohd Ramizi dan berwalikan abang kandung Aida, Azree Husin dengan disaksikan keluarga dan sahabat handai.

Aida menerima mas kahwin RM1,000, sebentuk cincin, senaskah al-Quran, sehelai sejadah dan telekung, manakala jumlah hantaran dirahsiakan.

Sam pula menerima tiga dulang hantaran iaitu cincin, senaskah Al Quran serta sejadah. Majlis persandingan diadakan di lokasi sama tengah hari ini. -HarianMetro

Senarai penuh keputusan AJL 29

Isnin, 19 Januari 2015


Ini lah tunang Sam Bunkface.. (gambar)

Rabu, 12 November 2014

Dengarnya, Sam Bunkface kini telah bertunang dengan seorang kakitangan TV3 yang juga seorang penerbit, Aida Azira.

Mereka bertunang pada 6 Oktober yang lalu di Masjid Tanah, Melaka yang juga sekitar kediaman Aida.

Mereka berkenalan selama 4 tahun sebelum bergelar tunang.
"Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

"Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan," -Sam petikan mStar

Sam Bunkface dengan kekasih ke Pulau Tioman

Sabtu, 15 Mac 2014

Beberapa keping gambar Sam Bunkface pergi bercuti ke Pulau Tioman dengan seorang gadis telah menimbulkan beberapa persoalan, siapa kah gadis itu.

Sam mengakui dia adalah gadis yang menjadi pilihan hatinya. Oh kekasih Sam rupanya. Nama gadis berkenaan adalah Aida Azira Hussin dan bekerja sebagai wartawan hiburan.

Percutian ke Pulau Tioman itu bukan lah setakat mereka berdua sahaja, namun ditemani oleh rakan-rakan baik mereka juga. -gambar RotiKaya

Sam Bunkface Tertendang Pakciknya

Khamis, 6 September 2012


Ini berita yang kita sendiri tak mahu membacanya. Adakah patut menendang pakcik sendiri. Itu lah cerita vokalis kumpulan Bunkface, Sam apabila dia sempat menceritakan kisah dirinya melalui portal Utasan yang dikatakan telah tertendang pakciknya dan perkara tersebut berlaku di luar kawalannya.

Mungkin jarang kita mendapat tahu kelakuan selebriti yang sebenarnya lebih ganas lebih-lebih lagi ianya melibatkan ahli keluarga sendiri. Sam hanya mampu tersenyum apabila mencerita kan detik-detik ganas itu, dan ini komennya mengenai saat itu berlaku kepada wartawan...
"Masa itu saya tak sangka saya boleh tertendang pak cik saya. Tapi seingat saya, kejadian tersebut berlaku ketika itu saya baru berusia tujuh atau lapan tahun gara-gara tidak dapat bermain mercun," menurut Sam ketika mengingat kembali kenangan ketika Aidilfitri. baca lagi di Utusan...
haha. nakal juga Sam ni ah.. keke

Siti Rohana adik Siti Saleha

Sabtu, 25 Ogos 2012

Siti Saleha memang orangnya cantik, tapi tidak disangka-sangka dia mempunyai adik yang juga tidak kurang cantiknya memetik daripada forum Cari, nama adiknya adalah Siti Rohana. Dan juga ada kelibatnya untuk berlakon di Astro, rancangan sempena Raya, Spagetti Kuah Lodeh. Jom layan gambar yang disharekan oleh kedua adik beradik ini.

klik untuk besarkan

Gambar Kekasih Siti Saleha, Penjaga Gol Sabah

Rabu, 11 April 2012

Siti Saleha, Adik kepada penyanyi Sam (Bunkface) mengakui dia kini sedang intim dengan seseorang. Jejaka tersebut juga dikenali ramai. Dia yang dimaksudkan ialah penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea.

Adney merupakan bekas kekasihnya sebelum ini dan hubungan mereka putus di tengah jalan kerana salah faham. Masih sayang antara satu sama lain, hubungan mereka kembali bertaut dan kini sedang menuju ke arah satu hubungan yang lebih serius dan matang. -Kosmo

gambar Siti Saleha yang cantik

Sabtu, 4 Jun 2011

Kenal Siti Saleha ni ker.? Ala pelako untuk drama Nora Elana tue ha, kat TV3 selalunya petang main. Pelakon baru ni merupakan adik kepada Sam Bunkface, umurnya sahaja baru masuk 19 tahun. Orangnya kelihatan cantik dan ayu, kalau dah ada kekasih baguslah, kalau belum, nanti ramai lah kaki miang tue kuar. Hehe. Kiranya ramai dah selebriti baru muda-muda yang dilahirkan buat masa ni. Baguslah, ada juga pelapis kan, biasala, nanti ada juga yang bosan kalau itu-itu je yang berlakon. :) -gambar Maestro Photography

Sam masih lagi ahli kumpulan Bunkface!

Sabtu, 19 Februari 2011

Sam Bunkface dikhabarkan bakal menarik diri daripada kumpulan Bunkface dan menubuhkan sebuah kumpulan baru iaitu The Azenders. Kata sumber, keputusan tersebut dibuat kerana Sam mempunyai beberapa masalah dalaman dengan Bunkface selain tidak gemarkan publisiti dan dunia glamor. Maka, tempat Sam akan digantikan oleh Myo, salah seorang daripada ahli kumpulan Oh Chentaku.

Selain itu ahli kumpulan Bunkface yang lain iaitu Paan dan Youk pula masing-masing turut dirisik untuk menjadi gitaris kumpulan Hujan dan One Buck Shot. Sam menjelaskan khabar angin mengenai penarikan dirinya daripada kumpulan tersebut adalah tidak benar tetapi mengakui dia mempunyai kumpulan baru, The Azenders.

"Memang saya akui ada beberapa masalah antara saya dalam Bunkface, tetapi saya tidak menarik diri. Cuma saya lebih memberi perhatian kepada The Azenders (projek sampingan Sam) kerana ia sebuah kumpulan yang baru dan lebih segar (lagu)." kata Sam. -mStar

Jom meriahkan MTV World Stage di Sunway Lagoon

Jumaat, 30 Julai 2010

Apa itu MTV WORLD STAGE?
MTV WORLD STAGE yang bakal berlangsung di Malaysia pada 31 Julai 2010 ini di Sunway Lagoon Resort jam 6 malam merupakan salah satu acara MTV yang paling dikenali dan penuh dengan kejutan serta pelbagai warna nanti. Rangkaian global yang lebih mencecah 550 juta worldwide di seluruh dunia dan mempunyai ciri-ciri muzik terpanas (popular) daripada golongan artis yang tampil dari seluruh dunia. Penggemar muzik juga di salah satu 162 negara bakal mendapatkan pengalaman melihat dengan artis pilihan merakamkan album mereka secara langsung (LIVE). Pasti ianya satu saat-saat yang sungguh indah dan menyeronokkan.

Siapa yang bakal membuat persembahan di Sunway nanti?
= Katy Perry, Tokio Hotel, Wonder Girls & Bunkface.
Sungguh tak diduga artis luar yang popular seperti Katty Perry dan Wonder Girls juga datang.

Langkah-langkah untuk membeli tiket, cuma RM50 jerk..
Anda boleh mendapatkan eksklusif-boleh-beli melalui reload handphone sebanyak RM50.
1. Taip 'MTV' dan hantarkan kepada ke 28881 dan tunggu pengesahan dibuat.
2. Reload RM50 setelah menerima pengesahan SMS dan menunggu untuk voucher mobile anda.
3. Sesudah anda telah menerima voucher mobile tadi, anda segera lah pergi menebusnya di pejabat Hotline Tiket di NO. 96B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail. atau telefon ditalian 03-77251177.
ATAU Juga..

• Pergi ke laman ini http://bit.ly/9vppKp kalau masih bingung.

Sebelum itu anda bakal mendapat hadiah daripada artis-artis bekenaan..

Kekasih baru Sam Bunkface?

Rabu, 21 Julai 2010

Ramai peminat artis tempatan yang sedang tertanya-tanya mengenai apa kesudahan yang terjadi dengan hubungan Juliana Evans dengan Sam Bunkface pada suatu masa dahulu. Dikhabarkan mengikut sumber yang sahih, Juliana dan Sam sudah lama membawa haluan masing-masing sejak dari awal tahun ini, maksudnya putus ler tue. Yang terbaru mengenai Sam, adalah penganti Juliana, dengarnya kini Sam sering kelihatan bersama Jeanny yang juga merupakan Model Iklan Coffee Mate. Orangnya pun tak kalah cun juga.

Julia akui masih mencintai Sam Bunkface

Rabu, 10 Februari 2010

Kalau tahun 2009 lalu, kisah percintaannya bersama Sam hangat diperkatakan, kini heboh pula kononnya anak bongsu daripada tiga beradik ini sudah putus kasih dengan vokalis kumpulan Bunkface itu. Menjelaskan perkara itu, kata pengacara, model dan pelakon Juliana Sophie Johari Evans, 21, kalau boleh dia tidak mahu bercerita sangat mengenai kisah berunsur peribadi.

"Kami masih lagi bercinta dan itu saja yang boleh saya katakan. Saya tidak mahu hipokrit dan kalau benda itu betul, saya akan cakap betul. Tetapi, untuk cakap lebih-lebih mengenai hal ini, saya tidak mahu lagi.
"Bukan apa, tahun lalu saya mengambil keputusan untuk berehat beberapa bulan dari industri kerana ingin fokus pada pelajaran. Tetapi, lain pula jadinya apabila saya berterus-terang mengenai percintaan dengan Sam.