kereta Honda City Ainul Aishah terlibat kemalangan,

Pada: Jumaat, 25 Februari 2011
Pelakon Ainul Aishah mengakui akibat terlalu tergesa-gesa untuk pulang menonton drama lakoanannya menyebabkan dia mengalami kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu. Kata Ainul, selepas menjalani penggambaran drama Begitukah Cinta, dia berhasrat untuk pulang segera menonton episod terdahulu drama itu.

blockquote>"Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak. Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja.

"Walaupun saya rasa itu kemalangan kecil tapi saya seperti takut untuk memandu. Saya lebih banyak menekan brek dan tidak mahu memandu dengan jarak yang dekat. Saya sedar ia mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada saya tetapi kepada pihak lain. Allah selepas ini saya lebih berhati-hati," katanya kepada mStar.

Tag : , , ,