Tomok bakal kahwin pramugari Julai ini?

Pada: Khamis, 13 Januari 2011
Bekas juara OIAM, Shah Indrawan Ismail (Tomok) 26, mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini. Bagaimanapun, kata Tomok dia sendiri akan mengumumkan perkara tersebut apabila sudah bersedia. Difahamkan Tomok bakal mendirikan rumah tangga pada awal Julai ini dengan seorang wanita berusia 31 tahun.



Wanita yang dikenali sebagai Ayu itu bertugas sebagai pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan tempatan dan kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka. Namun Tomok belum bersedia menceritakan mengenai persiapan yang dilakukan kepada mStar baru-baru ini.

Tag : , , ,