Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekarang dah cantik, apa guna botox! - Ani Mayuni

Jumaat, 28 April 2017

Tidak seperti sesetengah selebriti lain,Ani Mayuni berkata dia tak terfikir pun untuk membuat pembedaham plastik atau pun suntikan pada wajah.

Mememtik portal Berita Harian, Ani mengakui tidak berani melakukannya kerana ia perbuatan yang dilarang dalam Islam.
"Saya cuba mengelak daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.

"Saya tidak berani untuk membuat suntikan Botox atau pembedahan wajah semata-mata untuk kelihatan cantik.

"Saya rasa, wajah saya sekarang sudah pun cukup cantik. Saya juga tidak mahu wajah saya menjadi sama dengan orang lain," katanya.

Zara Zya semakin cantik! buat pembedahan plastik?

Selasa, 15 November 2016

Kalau hendak dibandingkan dahulu dengan sekarang, memang tidak dapat dinafikan lagi yang muka pelakon terkenal Zara Zya ini banyak bezanya.

Dulu boleh dikatakan wajahnya kurang berseri, tapi sekarang pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohad Zainuddin ini mampu berbangga dengan dirinya kerana mampu berdiri sebaris dengan artis jelita yang lain.

Ada buat pembedahan plastik pada wajahkah? Maklumlah, artis dan 'buat' muka bukanlah sesuatu yang asing didengar lagi.

Namun Zara sendiri menafikannnya dan berkata dia lebih selesa jika semua perubahan tersebut berlaku secara lambat dan semula jadi sahaja.

Mengakui yang dirinya seorang yang takutkan jarum, apatah lagi pembedahan plastik, Zara hanya memilih jalan yang lebih selamat untuk mencantikkan dirinya.

"Bezanya rutin kecantikan saya sedikit ketat. Maknanya saya akan pastikan ke spa setiap bulan dan penjagaan wajah itu juga saya titik beratkan kini. Kalau dahulu tidak terlalu sangat tetapi kini memandangkan usia sudah 31 tahun pasti semuanya juga sedikit berbeza. Sebab itu kalau boleh saya tidak mahu terdedah kepada sinaran matahari, bukan apa setelah melaburkan duit yang banyak saya perlu menjaga,” katanya kepada Utusan Online.
Memiliki kulit sawo matang, Zara bangga kerana dilahirkan begitu dan tidak kisah dia tidak secerah orang lain.
“Bukan saya tidak percaya dengan suntikan, tetapi kalau cucuk pada tangan juga sudah sakit apatah lagi di bahagian wajah dan sebagainya. Malah kita tahu kesannya kalau kita leka dalam soal penjagaan diri. Soal warna kulit saya tidak pernah impikan mahu kulit yang jauh lebih cerah." tambahnya lagi.


Yana Samsudin nafi pakai botox, wajah muka berubah!

Ahad, 14 September 2014

Memetik portal mStar semalam, Yana Samsudin menafika yang dia telah menjalani pembedahan untuk mencantikkan mukanya.

Dakwaan itu timbul apabila ada sesetengah pihak mendakwa wajahnya sekarang lain daripada yang dahulu (gambar atas, sebelah kanan yang terkini).
"Saya tak kecil hati pun bila orang kata saya buat (pembedahan) muka. Nak buat macam mana, saya sudah jelaskan segala-galanya tetapi mereka tetap persoalkan wajah saya yang kononnya berubah.

"Tetapi saya mengakui, dari kecil sampai ke besar, muka saya berubah sedikit dari semasa ke samasa. Tetapi tidaklah ketara sangat. Bukan saya sahaja, adik saya pun begitu,"

"Berdasarkan pemerhatian saya, individu yang menjalani pembedahan plastik atau suntikan botoks tidaklah menunjukkan perubahan wajah yang ketara.

"Dan saya pelik kenapa sesetangah wanita begitu obses mahu berbuat demikian. Sedangkan mereka tahu dengan risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang nanti,"

"Selain itu saya juga mengamalkan pengambilan makanan tambahan serta ulam-ulaman. Itu sahaja," -Yana

RM28,000 buat hidung - Ajai

Rabu, 19 Februari 2014

Memetik portal Kosmo!, isu hidung komposer, Ajai (Faizal Maas) memang tidak sehangat cerita-cerita lainnya, namun difahamkan harga pembuatan hidung Ajai yang mencecah RM28,000 itu adalah untuk kesihatan semata-mata bukan untuk mencantikkan bahagian berkenaan.

Ni temubual dia dengan wartawan Kosmo! untuk merungkap segala-galanya mengenai hidung barunya itu.
Benarkah Ajai membedah hidung kerana ramai berpendapat hidung anda kelihatan lebih mancung berbanding dulu?

Memang benar saya menjalani pembedahan menukar batang hidung tetapi bukan untuk kecantikan, sebaliknya keputusan itu diambil selepas tiada jalan penyelesaian terhadap masalah sinus yang saya hadapi.

Mengapakah anda mengambil keputusan drastik untuk membedah hidung?

Sebenarnya sudah berbelas tahun saya menghadapi masalah sinus dan ia semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Puncaknya, suatu hari apabila saya bangun daripada tidur saya dapati telinga sebelah kiri saya tidak boleh mendengar apa-apa.

Jadi, saya terus buat pemeriksaan di hospital dan doktor mengesyorkan untuk saya jalani pembedahan hidung supaya masalah yang sama tidak berulang.

Sebelum ini anda tidak pernah cuba rawatan alternatif lain?

Sudah cuba tetapi semuanya tidak membuahkan hasil. Bagi menggelak masalah berlarutan saya makan ubat tetapi doktor kata kalau sentiasa ambil ubat akan merosakkan buah pinggang.

Mahu tidak mahu, saya terpaksa serah diri pada pisau bedah kerana gegendang telinga saya sudah rosak dan sinus saya banyak tersumbat di batang hidung.

Jika saya tidak boleh mendengar macam mana saya mahu cari pendapatan kerana kerja saya memerlukan saya mendengar dengan teliti.

Tidakkah anda kekok dengan pandangan orang terhadap hidung baharu anda?

Saya tidak kisah apa orang nak cakap asalkan saya boleh bernafas dan mendengar dengan selesa. Saya bukan bedah hidung untuk nampak cantik tetapi atas faktor kesihatan. Jika fikirkan balik kos RM28,000 itu bukan murah tetapi saya terpaksa. Sekarang sudah tiga bulan selepas pembedahan, barulah saya dapat biasakan diri dengan hidung baharu ini.

Yana Samsudin Nafi Buat Pembedahan Wajah

Isnin, 3 Februari 2014

Kes mencantikkan wajah pada sebilangan selebriti ni memang tak pernah lari, memang itu menjadi keutamaan mereka. Tapi dari sudut dan cara yang macamana yang itu mereka sahaja yang tahu.

Terbaru memetik portal Utusan memberitahu Yana Samsudin menafikan dia telah mengubah wajahnya namun tidak menafikan yang dia ada buat pembentukan gigi sekaligus memberikan kesan terhadap wajahnya.
"Perubahan pada struktur gigi mengubah bentuk muka saya secara tak langsung. Berat badan saya juga turun. Tambahan pula dengan teknik solekan seolah-olah seperti saya melakukan pembedahan wajah.

"Walhal saya seorang yang prihatin dengan kecantikan. Saya kerap ke pusat pelangsingan badan dan rawatan muka.

"Antara kaedah rawatan wajah yang saya buat termasuk face lifting iaitu urutan yang mampu menegangkan kulit yang menggendur.

"Sebab saya risau kalau dagu berlapis dan kulit menggelebeh

"Sebenarnya dari awal lagi wajah saya ini memang tak pernah sama. Kalau kurus muka berubah begitu juga sebaliknya" -Yana

Video Ika Nabella Pakai Botox

Jumaat, 22 November 2013

Ika Nabella ni memang nampak ok je pada zahirnya, namun kadang-kadang agak pelik juga jadinya. Apa taknya, memuatnaik video kat Keek, menjadikan orang sepertinya berfikiran samaada dia menggunakan botox betul atau tidak.

Membuat mimik muka seakan-akan memakai botox, ramai beranggapan dia memang memakainya. Wallahualam lah kalau dia pakai, tapi kalau nak populariti lagi up, memang botox lah jalan segeranya. Harap Ika tak menggunakannya lah k dan mukannya itu semulajadi gitu sebab berbakat. :)

Gambar Jasmin Hamid, Raja Ema

Ahad, 3 November 2013

Ni lah gambar terbaru dua selebriti terkenal, Jasmin Yani dengan Raja Ema. Mereka berdua ditemui ketika menghadiri satu majlis perasmian butik online, HITHAM DD Alias baru-baru ini.

Mereka makin cantik atau 'menyeramkan' ker? he he.

Gambar Raja Ema Terkini, Wajah dan Album!

Selasa, 9 Julai 2013

Ada dua berita penting yang mahu disampaikan disini mengenai penyanyi popular era 90-an, Raja Ema. Yang pertama baru-baru ini dia memberitahu yang rahsia awet mudanya adalah disebabkan dia menjalani raawatan Kosmetik yang dinamakan 'thread lift' untuk mengegangkan kulit wajah. Bukan botox, suntik dan bagai lagi.

Dan yang kedua, setelah lama menyepi akhirnya Raja Ema mengeluarkan album single terbarunya yang berjudul, Wanai Hatiku. Ha tu je lah yang terbaru dari Raja Ema, walaupun kini usianya sudah 45 tahun, namun bisanya masih lagi ada.-sumber Murai


Edry KRU Nafi Suntik Botok Pada Wajah

Rabu, 3 April 2013

Edry Halim KRU menafikan yang dia menggunakan suntikan botok untuk wajahnya memandangkan ada sedikit kelainan pada wajahnya pada masa kini. Wajahnya kelihatan sedikit muda dan tampan berbanding beberapa tahun yang lalu.

Memetik daripada portal mStar semalam, Edry sepertinya malas mahu melayan gosip yang sedang melanda dirinya kini. Dan menguatkan fakta yang perubahan pada wajahnya kerana kerap bersenam dan aktif dengan aktiviti luar. betul ke?
"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu,"

"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan,

"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," kata Edry

RM4000 untuk Kecantikan A. Aida Sebulan

Selasa, 8 Januari 2013

Biasalah dah jadi golongan selebriti, memang selalu belanja besar, duit poket juga besar. Bagi produser, A. Aida yang juga merupakan seorang penerbit drama. dia mementingkan kecantikan pada dirinya walaupun kini lebih kepada aktiviti belakang tabir berbanding lakonan.

Tambahan lagi, A. Aida menafikan yang dia membuat plastic surgery atau botox pada wajahnya tapi hanya pembedahan kecil di bawah mata.

Petua lain adalah dengan pengambilan madu, minyak ikan, vitamin B kompleks dan juga C. Dan ini petikan yang dipetik daripada portal Utusan
"Biarpun saya tidak muncul di kaca televisyen tapi sebagai wanita saya amat menitik beratkan soal kecantikan. Bukan saya suka, semua wanita suka kalau diri mereka cantik.

"Kerjaya saya yang sering berurusan dengan orang ramai juga memerlukan saya untuk kelihatan cantik dan kemas sentiasa.

"Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar RM4,000 hanya untuk kecantikan," katanya.

Ziana Zain akui suntik di muka

Sabtu, 18 Februari 2012

Penghujung tahun lalu, khabar angin pernah mengatakan bahawa penyanyi popular Ziana Zain, telah menerima suntikan di wajah. Bagaimanapun, perkhabaran itu senyap seketika bak angin lalu. Tanpa berselindung, Ziana Zain yang cukup berseri-seri mengakui bahawa dia telah mendapatkan nasihat doktor pakar kecantikan bagi meneriman suntikan kolagen pada Ogos lalu pada beberapa tempat tertentu di wajahnya.

"Memang saya mendapatkan suntikan wajah. Tapi bukan botox sebaliknya kolagen. Mungkin sudah tiba masanya saya mendapatkan rawatan wajah seperti ini memandangkan usia saya yang semakin meningkat.

"Tambahan pula, dengan kerjaya saya di dalam bidang hiburan, memang memerlukan saya kelihatan cantik serta segar sentiasa dan rasanya dalam usia saya yang mencecah 45 tahun, inilah masa yang paling sesuai," katanya tanpa berselindung.

"Sebelum membuat suntikan, saya terlebih dahulu banyak membaca berkenaan kelebihan serta keburukan suntikan kolagen termasuk juga jenis-jenisnya. Ada yang datang dari kategori A, B, C dan saya bukannya suka-suka mengambilnya.

"Saya perlu tahu kandungan di dalam kolagen. Bagaimana ada sesetengah individu yang telah mendapat kesan yang berbeza. Ada juga yang tidak menjadi apabila suntikan itu dikenakan pada wajah mereka. Semua itu saya perlu ambil tahu puncanya.

"Malah selepas menerima suntikan ini tahun lalu, saya menunggu beberapa bulan untuk melihat kesannya dan selepas saya tahu kesannya sangat baik buat saya, barulah saya berani bercerita mengenainya kepada orang luar seperti sekarang," katanya bersungguh-sungguh. -Via

Neelofa pakai kolagen kekalkan kecantikan?

Selasa, 6 Disember 2011

Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur dengan rezeki yang melimpah ruah setelah menjuarai Dewi Remaja 2010. Menyelami erti kecantikan sebenar buat Neelofa, Neelofa akui seseorang itu akan menjadi lebih cantik jika memiliki tingkah laku dan hati yang baik.

“Saya lebih tertumpu pada pemakaian celak dan maskara. Untuk kulit muka pula, saya hanya menggunakan pencuci muka Shu Uemura terutama menanggalkan mekap selepas kerja.

“Selain itu, saya mengamalkan minuman kolagen yang boleh mengelakkan muka menjadi kusam.

“Saya juga membuat rawatan muka di Chemical Peel setiap dua kali sebulan. Cara paling mudah untuk kecantikan kulit adalah minum banyak air kosong,”
Tambahnya lagi, untuk mengelakkan kulit muka menjadi gelap akibat berjemur di bawah cahaya matahari, Neelofa akan membuat lulur badan dan mengambil vitamin C untuk mencerah semula kulit. -Via

Anuar Zain buat rawatan muka

Sabtu, 19 November 2011

Anuar Zain mendedahkan, beliau kini menjalani rawatan pembentukan wajah. Proses itu dilakukan bagi mengurangkan lebihan kulit di bahagian bawah mukanya. Bagaimanapun, berdasarkan kaedah rawatan yang dilakukannya itu, dia menyangkal dakwaan menggunakan suntikan botox. Dan kos pula dirahsiakan olehnya.

"Jangan salah sangka, apa yang saya lakukan ini bukannya botox. Kaedah rawatan yang baru saya jalani tahun ini berbentuk urutuan di bahagian wajah saya.

Bagaimanapun proses ini akan menyebabkan muka saya membengkak untuk beberapa hari sebelum membuat urutan susulan bagi membentuk semula wajah saya, -Utusan"

Tak mainlah cucuk-cucuk, mesti ori punya! -Kak Engku

Jumaat, 18 Mac 2011

Dalam Malam Kemuncak ABPBH2010 nanti, Kak Engku bukan saja akan digandingkan dengan Shirah sepertimana kebiasaannya, sebaliknya, kali ini dia juga akan berkongsi pentas yang sama dengan Zizan. Sewaktu Kak Engku sibuk mengomel tentang perihal ABPBH2010, ramai mata yang tidak lepas tertumpu ke arahnya. Memang cantik betul Kak Engku sekarang ini. Malah, seperti mana susuk tubuhnya, wajahnya juga nampak susut, langsing dan mengecil. Rata-rata memuji akan hal ini kepada Kak Engku sendiri. Nak tahu apa kata Kak Engku.

"enat tau nak jaga badan ni. Tapi, bila dah susut macam ni, ada pulak orang yang cakap Kak Engku cucuk mukalah. Guna botoxlah. Buat itulah. Buat inilah. Sebab nampak muka Kak Engku ni runcing. Sorry ya! Kak Engku tak cucuk-cucuklah muka Kak Engku. Semua ni original tau," katanya. -murai

Rohana Jalil tidak main suntikan, pakai teknik solekan

Rabu, 8 Disember 2010

Juara Bintang RTM 1980, Rohana Jalil yang juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa perdebatan peminat hiburan. Mereka tertanya juga apakah benar Rohana juga sama seperti artis lain yang cukup gemarkan suntikan. Peminat merasakan wajahnya kelihatan jauh berbeza jika hendak dibandingkan pada 10 atau 15 tahun lalu.

“Saya tidak menyuntik wajah saya untuk menjadi cantik. Kalau dilihat pada wajah saya dalam gambar-gambar ini, semuanya adalah kerana teknik solekan. Dulu manalah saya pandai menyolek wajah sendiri ketika mahu membuat persembahan. Segala alat solek yang ada ketika itu, semuanya saya gunakan tanpa banyak bicara.
“Begitu juga dengan penampilan saya. Semuanya mengikut peredaran zaman. Tetapi, sekarang zaman sudah moden. Sudah ada jurusolek yang cukup bijak dan kreatif dalam menyolek wajah. Saya sendiri pun banyak belajar daripada mereka. Bukan hanya jurusolek tetapi juga pereka fesyen yang tidak lokek memberikan tips untuk menjaga penampilan diri.” bicaranya kepada Utusan.

Rosyam Nor pernah terdetik nak pakai Botox!

Isnin, 24 Mei 2010

Mencecah usia 43 tahun pada tahun ini, Rosyam menyedari bahawa tahap kesihatannya kian merosot. Kehidupannya sebagai selebriti, usahawan dan pengarah urusan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd sentiasa sibuk sehingga membuatkannya tidak mempunyai masa untuk menjaga kesihatan. Menurut Rosyam, sebagai selebriti, beliau perlu sentiasa tampil menarik. Malah ada satu ketika, Rosyam turut mengakui pernah terdetik untuk mengambil suntikan Botox untuk menghilangkan kedutan di mukanya.

“Artis-artis ramai yang pakai botox dan ambil suntikan. Saya pernah juga hampir mencuba bila tengok kedutan di muka. Tapi atas nasihat teman-teman, saya jadi takut dan tak jadi nak guna. Satu hari, jiran saya Sharon Foong menawarkan kepada saya untuk mencuba satu ubat. Dia kata dari plasenta biri-biri. Pada mulanya saya macam ragu-ragu juga sebab guna plasenta biri-biri, namun Sharon telah meyakinkan saya bahawa produk ini halal.
“Benda dah ‘free’, apa salahnya saya cuba. Bila cuba tiga bulan, ramai kawan yang bertanya, saya buat sesuatu ke dekat muka. Baru saya sedar produk ini membantu secara semulajadi. Setelah enam bulan menjalani rejuvenasi sel Zell-V, saya yakin sepenuhnya dengan keajaiban Zell-V.”
Rosyam dilamar tiga bulan lalu untuk menjadi duta produk Zell-V selama satu tahun. Sebelum ini, Elaine Kang dan pelakon Singapura, Huang Wen Yong pernah menjadi duta Zell-V. -Gua

My Life My Secret - Krisdayanti

Sabtu, 18 Julai 2009

Ini bukan cerita rekaan atau gossip tapi ianya benar dan nyata. ceritanya mengenai Krisdayanti pernah menjadi penagih dadah syabu, menjalani pembedahan plastik dan hampir dicerai oleh suaminya iaitu Anang Hermansyah yang dimuatkan dalam tajuk akhbar di sana. Semua itu diakui oleh penyanyi itu dalam buku barunya berjudul My Life My Secret (buku kehidupan Krisdayanti).

Buku itu menggambarkan ungkapan rasa bersalahnya. Dia mengaku menggunakan syabu pada 1998. Namun, dia menjalani rawatan pemulihan sehingga sembuh daripada ketagihan dadah.
"Tahun 1999, ketika itu Krisdayanti terkenal tetapi sebenarnya ada tonggak berbahaya iaitu ubat," jelas penulis buku tersebut, Alberthiene Endah.
Krisdayanti mengaku dia turut jauh daripada mengingati Tuhan kerana kesibukan.
"Kesibukan saya membuat saya enggan mengucapkan syukur," katanya yang mengaku ketika itu dia memiliki banyak wang untuk membeli syabu yang mahal.
Dia turut mendedahkan keberaniannya melakukan pembedahan plastik dalam buku tersebut.
"Ketika saya buka baju dan telanjang di depan cermin, saya mengucapkan syukur. Tetapi setelah hamil, naik 30 kilogram.
Tubuh saya ada struktur-struktur lemak. Oleh itu, saya melakukan pembedahan dan bentuk badan saya menjadi lebih bagus," katanya.

Dalam bukunya itu lanjut, kehidupan seksnya dengan Anang turut didedahkan. Menurut penulis itu, antara perlakuan seks Krisdayanti ialah dia memakai stoking jaring-jaring dengan tujuan untuk mecetuskan keghairahan Anang.

Rozita Che Wan Besarkan Buah Dada?

Jumaat, 10 Julai 2009

Ramai yang berpendirian bahawa, insan yang dimaksudkan dalam artikel yang dimuatkan dalam laman web GUA yang bertajuk 'Pelakon Cantik ‘Buat’ Muka, Payu Dara' adalah Rozita Che Wan. Namun sejauh mana tekaan ini benar atau tidak, yang itu Wallahualam lah, penulis pun cuma mengagak Rozita Che Wan manakan tidak, ada terselit perkataan drama yang berpautan mengenai tajuk anak dara. Selain itu, insan yang dimaksudkan ini juga turut me-modify aset berharganya itu yakni buah dadanya sehingga kelihatan melentik dan tegang. Kata u'all pula selepas baca artikel dibawah ni?..

Manusia memang tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Mungkin itulah yang boleh dikatakan tentang sikap seorang pelakon cantik yang tidak pernah puas dengan penampilannya. Walaupun ramai yang cakap wajahnya memang sudah cukup jelita, namun diberitahu dia masih mengamalkan suntikan botox untuk mendapatkan wajah yang lebih sempurna. Dia juga dikatakan membuat pembedahan payu dara supaya asetnya lebih menonjol berbanding dahulu.

Reporter yang sempat bertemu dengannya baru-baru ini memang terkejut besar melihat penampilan terbarunya. Dia bukan sahaja kelihatan lebih seksidan menawan, malah bahagian dadanya juga kelihatan bertambah gebu danmenonjol.

“Dulu aku tengok tak adalah sebesar itu payu daranya. Tetapi sekarang bukan sahaja wajah dah berubah, malah asetnya juga semakin menyerlah. Sepatutnya dia kena sedar, dalam umur yang semakin meningkat macam dia,lebih baik jangan terlalu obses dengan kecantikan, sebab takut akan memakan diri sendiri.

“Aku tak nafikan industri seni memang sentiasa mahukan yang cantik-cantik, tapi aku yakin orang dapat menerimanya sebab umurnya pun bukan muda lagi. Pengarah pun tak akan menawarkannya melakonkan watak sebagai anak dara lagi,” ujar teman Reporter yang memang sudah lama kenal dengan pelakon tersebut.

Mendengar akan komen tersebut,terfikir ada juga betulnya. Sebab peminat sekarang semakin bijak menilai kualiti seseorang pelakon itu. Walaupun wajah kurang menarik, tapi pandai berlakon, dia pasti akan tetap menjadi pilihan pengarah dan penerbit.

Apa gunanya, kalau wajah sahaja cantik, tapi tak boleh beri ekspresi sedih atau gembira sebab semuanya dah nampak ala-ala plastik? -Gua