Pada:
Isnin, 15 November 2010
Imej baru Alyah kini membuatkan saya tertanya-tanya kewajarannya merubah imej dan penampilan. Mungkin ada yang beranggapan saya kolot, tetapi meniru imej artis lain bulat-bulat seolah-olah jalan pintas untuk mencapai populariti. Saya mengagumi Datuk Siti dan Datuk Sheila Majid yang kekal utuh dengan identiti sendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan gaya artis lain. Jika begini cara Alyah, tidak mustahil Alyah tidak mampu bertahan lama dengan jalan pintas ini.Kepada Alyah, semoga teguran ikhlas ini diambil perhatian. Lebih manis rasanya Alyah dengan imej lama. Tidak salah mengikut peredaran fesyen terkini, namun mencedok bulat-bulat gaya artis Barat mungkin mengundang pandangan negatif pihak lain.-Utusan.
Tag : Alyah , Lady Gaga , Luahan Peminat , Penyanyi

