Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pertahankan suami Ramli MS, Alyah dikecam dan diugut

Jumaat, 11 November 2016


"Sekiranya ada pihak cuba mengungut mahu menyimbah asid atau mengancam keselamatan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis."
Isteri kepada juri tetap Gegar Vaganza 3 (GV3), Datuk Ramli MS, Datin Alyah, ugut akan mengambil tindakan terhadap peminat setia Elly Mazlein sekiranya tidak menghentikan 'perang' di laman sosial.

Menurut Alyah, ia adalah jalan terbaik selepas dia turut menerima beberapa panggilan dan mesej berbaur kecaman.

Alyah sambut harijadi Ramli MS. Sweet sangat.. (2 gambar)

Jumaat, 20 November 2015


Romantiknya Datin Alyah sambut hari jadi Dato Ramli MS

Alyah memuat naik foto beliau bersama suami Dato Ramli MS di akaun Instagramnya baru-baru ini untuk menyambut hari jadi suaminya. Ini adalah moment menarik yang jarang-jarang di buat Alyah sebelum ini. Diharap Alyah dan Ramli MS akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat mereka.

Gurauan Nabil keterlaluan.. -Alyah

Rabu, 18 November 2015

Alyah mengakui ada gurauan pengacara Nabil Ahmad yang boleh dikatakan keterlaluan apabila kerap mengusik dia dan suaminya, Datuk Ramli MS ketika mengacarakan program Gegar Vaganza 2 di Astro.

Alyah mengakui belum berkesempatan menonton GV 2 tetapi dia tahu pengacara itu kerap mengusiknya dengan Ramli yang juga juri tetap program terbabit.

Alyah menangis ketika nak buka puasa sebab... (video)

Selasa, 30 Jun 2015

Nak tahu kenapa Alyah menangis ketika nak berbuka puasa. saksikan video ini.

Alyah dedah sikap Ramli MS ketika Ramadan...

Rabu, 24 Jun 2015


Satu masa dahulu pernah bergolak rumahtangga Dato ramlis MS dengan isterinya, yang juga penyanyi, Alyah. Kini mereka sudah melupakan hal itu dan kembali normal menjadi keluarga lebih bahagia.

Ini dibuktikan lagi dengan pengakuan Alyah memetik portal Murai, ketika waktu bulan Ramadan ini dimana suaminya itu yang menyediakan makanan untuk bersahur.

Mungkin tidak bermaksud  kenyataan Alyahi ini yang dia tidak tahu memasak cuma kata Alyah yang Ramli MS ni seorang yang...

Kenyataan misteri Alyah di Instagram miliknya...

Rabu, 8 April 2015

Apa yang dimaksudkan oleh Alyah di dalam laman sosialnya baru-baru ini. Sekeping gambar berwarna hitam dengan caption ‘it’s over’ itu telah menimbulkan pelbagai soalan pengikutnya.

Adakah ianya bermaksud Alyah tak nak menggunakan Instagram lagi atau hubungan dengan suaminya Datuk Ramli MS dah berakhir aka bercerai? yang itu sebenarnya bermain difikiran mereka.

Semoga ianya adalah gimik Alyah sahaja nak bergurau dengan pengikutnya.

Status hubungan sekarang Alyah, Ramli MS...

Ahad, 22 Mac 2015

Mungkin sudah ramai yang membuat andaian yang Alyah dengan Datuk Ramli MS kini sudah berpisah setelah dua tahun berkahwin akibat satu konflik yang melanda mereka baru-baru ini. Namun ianya satu andaian yang sangat meleset sekali. Alyah mengakui yang dia masih lagi isteri kepada Datuk Ramli Ms dan ini dinyatakan di dalam laman sosialnya baru-baru ini.

Alyah langgar kereta Audi Ramli!

Isnin, 19 Januari 2015

Belum redah lagi keadaan rumahtangga Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS yang difahamkan sebelum ini Ramli telah menikahi lagi seorang wanita tanpa pengetahuan Alyah.

Dengan rasa masih kurang stabil, memetik laporan Harian Metro, Alyah difahamkan juga telah melanggar kereta milik suaminya itu dihadapan rumah mereka. Ini mengakibatkan Alyah terpaksa membayar tanggungan kos pembaikan semula kereta berkenaan dengan anggaran RM1000.
“Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu,” -Alyah

Isteri ke-2 Datuk Ramli MS? Alyah minta maaf!

Isnin, 12 Januari 2015

Kecoh semalam dimana hubungan Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS yang dibina nak dekat setahun, renggang berikutan Alyah memuatnaik gambar suaminya dengan seorang wanita yang Alyah sendiri tidak mengenalinya.

Dengan caption yang sepertinya menganiaya diri Alyah.

Senarai penuh pemenang AIM 21

Isnin, 8 Disember 2014

Tahniah Dato' Siti Nurhaliza yang merangkul tiga daripada lapan pencolonan Anugerah Industri Muzik (AIM) 21 yang berlaingsung baru-baru ini.

Kategori yang dimenangi Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita dan Rakaman Album Terbaik (Konsert Lentera Timur)

Antara pemenang yang lain adalah. -gambar Bharian

Resepsi Ramli, Alyah September ini tidak masuk akal!

Khamis, 4 September 2014

Untuk makluman Dato Ramli MS dikatakan sudah memberitahu media yang dia dengan Alyah akan mengadakan resepsi pada bulan September ini jika tiada halangan.

Namun perkara ini dinafikan sekeras-kerasnya kerana beranggapan tidak logik kerana menghadapi situasi seperti ini. Namun Ramli MS sempat membuat lawak.
“Ada buat 7 hari 7 bulan, ada ke dia tanya macam itu. Saya nak buat majlis kenduri doa selamat untuk rumah saya bukan resepsi,”
Ada juga hal dimana Ramli menafikan yang Alyah telah tinggal bersama dengannya. Ini disebabkan rumahnya masih di dalam pembinaan dan Alyah datang melawat. Dan Alyah ketika ditemui ketika serbuan itu.
“Ketika itu, dia hendak pulang ke rumahnya, tetapi saya menghalang kerana pintu telah dikunci dan saya pula berada di tingkat atas. Tetapi tidak mengapa saya tidak kesal dengan apa yang telah berlaku ini,”

“Saya bercadang untuk memberitahu status perkahwinan ini selepas rumah saya siap sepenuhnya dan memiliki CF untuk mendudukinya,” -Ramli

Ramli MS maki hamun di Facebook!

Selasa, 2 September 2014

Kisah perkahwinan kontroversi komposer Ramli M.S dengan Alyah telah mengundang beberapa bualan dan komentar daripada beberapa pihak melalui laman-laman sosial.

Lantas Ramli yang didakwa oleh seorang pengikut laman sosial miliknya telah memaki hamun.

Menurut sumber, Ramli telah menggunakan perkataan perkataan ‘P***M*K’ terhadap pengikut laman Facebook yang memberi komen mengenai berita perkahwinan mereka.

Isu berbangkit itu timbul apabila portal mStar memaparkan tajuk “Macamlah Saya Jual Dadah" yang bersangkutan dengan Ramli.
“Wei p***m*k korang!!! Korang tau ape aku ckp kat wartawan tak? Kenape nak heboh cam aku kena tangkap jual dadah? Korang buat hal korang ok!!! Hak mutlak aku.”

“Ta puas hati mai dtg jumpa aku!!!”
Mangsa keadaan itu tidak menyalahkan Ramli kerana dia berhak untuk mengatakan apa sahaja, namun tidak boleh menerima makian yang keterlaluan oleh Ramli. -gambar Murai

Bukti Alyah dengan Ramli MS

Sabtu, 30 Ogos 2014


Nah terbukti sudah ini gambar menunjukkan mereka sudah bergelar suami isteri. Gambar ini adalah yang pertama bagi mereka berdua kepada media, selepas di soal siasat pihak JAIS beberapa hari yang lalu. -gambar mediahiburan

Ramli MS, Alyah diserbu JAIS, sudah berkahwin setahun lalu..!

Jumaat, 29 Ogos 2014

Sepandai-pandai menafikan, akhirkan ketahuan juga. Begitulah yang terjadi kepada komposer, Datuk Ramli MS apabila hubungan dia dengan penyanyi Alyah terungkap semalam.

Mereka 'diserbu' oleh 9 pegawai JAIS di kediaman mereka, dan mendapati mereka sudah berkahwin. Menurut portal Bharian, mereka sudah berkahwin sejak setahun yang lalu.

Namun mereka belum lagi membuat pendaftaran perkahwinan di negara ini. Mereka berkahwin di Batam, Indonesia.

Jika tanya soalan pribadi dikenakan saman! Datuk Ramli MS

Khamis, 29 Mei 2014

Bukan main tegas lagi, selebriti vateran kita seorang ni, Datuk Ramli MS yang dikatakan akan mengambil tindakan saman jika ada phak (wartawan) yang mahu menyanya pasal kehidupan pribadinya.

Ini berikutan beliau diasak dengan isu hubungannya dengan Alyah dan dikatakan bercinta sejak tahun 2010.
“Saya akan mengambil tindakan mahkamah!,”

“Saya sudah 40 tahun dalam industri. Kerja saya adalah keutamaan saya. Kalau bertanya berkaitan dengan muzik, saya boleh cerita satu buku.

“Orang yang bertanya itu pun sebenarnya peribadi pun jahanam. Kalau peribadinya elok, dia tidak akan tanya pasal hal orang lain

“Kita bukan public toilet, peribadi adalah hak peribadi yang tiada siapa boleh sentuh. Saya ada batas garisan saya. Tapi bila sudah sampai ke satu tahap garisan yang melampau, saya akan mengambil tindakan mahkamah,” -Ramlis MS. petikan astrogempak.com.my

Gambar Alyah di Acheh, Indonesia

Khamis, 20 Mac 2014

Baru-baru ini Alyah telah pergi ke Banda Acheh, Indonesia untuk menyelami pengalaman berada di negeri Serambi Mekah itu yang sudah 10 tahun ditimpa tsunami paling dasyat dalam sejarah.

Tempat kunjungan Alyah adalah di Masjid Baiturrahman dan Masjid Baiturrahim, Manggal Siron (lokasi pengebumian 46,718 mangsa tsunami), Kapal Apung, Muzium Tsunami, Taman Putri Pahang dan Kampung Nelayan serta juga Pulau Weh. -gambar GUA

Gambar Alyah Terkini

Sabtu, 12 Oktober 2013

Ni adalah gambar terbaru Alyah ketika ditemui baru-baru ini ketika dia hadir untuk pelancaran single terbaru berjudul Pengakuan.

Dalam diam dah siap sebuah album. Hebat dan bagus sungguh kerjaya Alyah ni. Dalam perkembangan lain juga dia ada butik tudung muslimahnya tersendiri.

Ramli MS Marah kat Editor Murai

Jumaat, 12 Julai 2013


Semalam ada gosip yang menyatakan yang Dato' Ramli MS sudah bernikah dengan Alyah. Namun nampaknya gosip itu sepertinya tidak benar. Dan Dato' Ramli sendiri bengang dengan cerita yang dikeluarkan oleh editor Murai itu.

Lantas, medan Twitter dijadikan untuk saling berdebat. Tapi pelik, kenapa Dato' Ramli marah sangat, kalau ia pun tak benar, bagus maafkan sahaja, kan bulan Suci ni, tak baik marah-marah. -sumber gambar Cari


Alyah, Dato' Ramli Sudah Kahwin?

Khamis, 11 Julai 2013

Memetik portal Murai semalam, teka teki hubungan dimana komposer, Dato' Ramli MS dengan penyanyi, Alyah kian terbongkar apabila dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap. Berita ini dikatakan diperolehi daripada sumber atau orang yang terdekat dengan Dato' Ramli.

Mengikut sumber itu lagi, mereka berkahwin setelah Alyah mengerjakan umrah beberapa bulan yang lalu dan selepas Alyah memakai tudung, dan kini tinggal bersama dengan Dato' Ramli sebagai suami isteri di di Bandar Kinrara, Puchong.

Yang empunya badan belum lagi menjelaskan berita ini, benar atau tidak, tidak dapat dipastikan, jangan buat keputusan/penilaian terlebih dahulu ok.

Tapi kalau benar, baguslah, bukan kita nak cerca, perkahwinan itu kan ibadah, jika dihebahkan lagi dapat manfaat, kalau disembunyikan, takut mendatangkan fitnah. Wallahualam.


Gambar Alyah Bertudung Yang Terkini

Isnin, 20 Mei 2013

Pada pertengahan bulan April yang lalu, penyanyi Alyah dikatakan sudah bertudung penuh pada dirinya. Dan kini dia sudah belajar memakai tudung dihadapan orang ramai dan peminat. Walaupun tudungnya macam ada fesyen, tapi ianya sesuatu yang positive. Beberapa keping gambar Alyah kini bertudung dapat dilihat melalui laman Instagram miliknya.