Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Pernikahan Dia Fadila sederhana jerk

Selasa, 5 Oktober 2010

Nur Nadia Fadila Abu Bakar, 26, dan Redza Abdullah Sanusi, 33, dinikahkan oleh Imam dan Jurunikah masjid tersebut, Hafizan Ibrahim setelah diwakilkan oleh bapa Dia, Abu Bakar Sudin, tepat pukul 9.45 pagi. Dengan sekali lafaz, Redza sah menjadi suami kepada Dia pada majlis yang dihadiri 70 orang tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua belah pihak itu.

Dia menerima mas kahwin RM2309.84 yang merupakan simbolik tarikh kelahiran Dia iaitu 23 September 1984, senaskhah al-Quran dan sepasang telekung serta wang hantaran sebanyak RM20,000 pada majlis pernikahannya itu. Pasangan ini juga bersepakat untuk tidak berbalas dulang hantaran seperti kebiasaan sebaliknya pihak Dia menyediakan empat bekas manisan dan sebentuk cincin sebagai tanda cenderahati.

Sambung Dia yang juga merupakan pensyarah vokal di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), mereka sepakat untuk tidak menyediakan dulang hantaran kerana mahu mengutamakan perkara-perkara wajib dalam majlis pernikahan sahaja. Tarikh pernikahan mereka ini juga bersempena tarikh ulang tahun kelahiran Redza. -Utusan

Tunang Dia Fadila bekas kekasih Wardina?

Rabu, 14 Julai 2010

Luahan Peminat: saya terbaca kisah Dia Fadila bertunang. mungkin kerana ketinggalan zaman saya baru mengetahui mengenai cerita tersebut. telek punya telek dalam internet baru saya tersedar yang tunang Dia tu bekas tunang dan bekas teman lelaki kepada beberapa artis dan juga wanita terkenal. seperti Wardina Saffiyah, dj era D dan lain-lain lagi. Nak ikutkan lelaki ini la yg wardina marah sangat. Kaki perempuan dan mulut manis, itu yg saya tahu mengenai tunangannya itu.

Dari apa yang saya baca Dia tidak berapa kenal lelaki ini dan terus membuat keputusan untuk bertunang. hai kenal gitu gitu dah on.. Dia dan keluarga suka agaknya kerana bakal suami kaya dari keluarga berstatus. (bukan byk duit pun, jgn sampai menanggung sudah) kabarnya bekas teman lelaki Dia dulu pun lelaki biasa (cuma takde status saja) itu yg keluarga Dia tak gemar. (lelaki biasa tidak pura-pura dan suka berlakon)

Wardina dengan anak tersayangnya

Hai, saya kesian sangat dengan si Dia tu bukan apa sebab mungkin banyak yang Dia tak tahu (ataupun buat buat tak tau) mengenai lelaki ni. Kerjanya memang pantang lihat dahi licin dan bergaya, mulut manis kata nak kahwin (cerita basi dari 10 tahun lepas) dan memang berani jumpa keluarga perempuan dan taktik kegemaran ialah mengurat dalam diam. dengar cerita bertunang pun byk kali dengan perempuan sana sini. Rasa2nya mesti ramai mak bapak perempuan dah pernah jumpa mamat ni. Bukan apa kahwin memang tetap kahwin, sebab mamat ni pun mesti tak syok lepas dah tunang byk kali, satu kali ni mesti nak kena 'on' jugak tapi jangan sampai lepas kahwin hidup asyik ditipu.

Rasa2nya kalau buat pengumuman mesti ramai yang akan tampil ke depan (mungkin bila dah nak dekat majlis kahwin nanti ada yang akan kehadapan) dan bercerita mamat ni punya tembelang. mintak jauhlah sebab kalau dah berubah rasanya belum lagi sebab ada sumber yg mengatakan masih aktif menggatal dalam tempoh pertunangan ni. (ada bukti kukuh dan memalukan gituw) kawan2 tunangnya pun sama diam dan tukang angguk kepala.

Dj Era, D yang melangsungkan pernikahannya bulan Mei 2010

Apalah nasib si Dia ni, kalau dijaga rapi oleh keluarga pun susah.. susah nak kenal manusia.. susah nak kenal dunia.. susah nak kenal diri.. jangan terburu-buru nanti sendiri yg pilu.. jd pensyarah bukan semestinya menjamin tahap kematangan hidup seseorang.. tetapi biasanya bila terlalu mabuk dalam fantasi sendiri, seseorang akan disedarkan dengan sesuatu yg amat perit.. mungkin bila dah terjadi baru sedar sendiri, tiada yg sempurna cuma kaca atau permata..

Doa buat dia.. jangan terlalu mengejar bayang2 kesempurnaan, bangunlah dari tidur dan menilai diri dan usah bandingkan yg lepas, jangan tipu diri dan org lain hanya kerana lelaki itu sempurna pada zahirnya, bergaya, sesuai dibawa kemana2 kerana statusnya, siapa yg sudah terkena tahu ada derita disebalik cerita gembira anda.. yang akan datang belum tentu lagi baik buat anda.. marilah kita sama sama lihat nanti..

Kata2 itu adalah doa, sama juga seperti nyanyian, lagu 'aku masih setia' mungkin telah berubah menjadi doa Dia.. nasihat saya.. masih belum terlambat lagi untuk terima kenyataan dan mengelakkan diri terseksa..