Camelia berada di London, sedang hamil?

Pada: Jumaat, 17 September 2010
Seperti mana yang ramai sedia maklum, berita terakhir yang kedengaran mengenai Camelia ialah dia sudah bernikah dengan usahawan berjaya. Ada juga yang maklumat yang mana Camelia kini menetap di Bangkok, Thailand kerana mengikut suaminya yang menguruskan perniagaan di sana. Paling terbaru ialah Camelia kini berada di kota London.

Sumber ini memberitahu, kehidupan Camelia di kota metropolitan Inggeris itu cukup membahagiakan dirinya. Jadi apa benar Camelia sudah hamil seperti yang diura-urakan. Sumber itu tak berani cakap soal kesahihan kehamilan Camelia tapi Camelia berhajat untuk melahirkan anaknya di sana sebelum kembali ke Malaysia.

Tag : , , ,