Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Camelia, anak terkini

Jumaat, 28 November 2014


Ni lah gambar keluarga bahagia Camelia dengan anak sulungnya kat bawah ni yang terbaharu. Walaupun kini sudah menetap di London, England, tetapi Camelia juga sering kali pulang ke tanah air.

Bukanlah kedatangannya untuk kembali ke dunia anak seni, namun hanya sekadar percutian balik kampung sahaja.

Gambar Anak Camelia

Isnin, 8 April 2013

Penyanyi, Camelia mempunyai seorang anak perempuan yang difahamkan kini sudah berusia 2 tahun lebih sejak berita kelahirannya pada 2010 lalu tersebar. Namun kelibat anaknya serta suaminya jarang dipaparkan kepada media atas sebab-sebab tertentu.

Namun baru-baru ini Camelia sempat berkongsikan gambar anaknya itu yang sudah tersebar di beberapa buah laman hiburan setelah sekian lama menjadi penantian peminatnya.




Gambar suami Camelia?

Rabu, 14 Disember 2011

Memang kita tidak pernah mengetahui siapa suami kepada penyanyi Camelia kan. Sebab mungkin ada benda-benda yang penting yang mahu dielakkan. Tapi itu semua hanya tekaan sahaja. Kali ini kita dapat melihat gambar yang didakwa dia adalah suami kepada Camelia. Gambar diambil ketika majlis cukur jambul anak mereka baru-baru ini. Wallahualam.

Camelia selamat melahirkan anak?

Selasa, 14 Disember 2010

Siapa tidak kenal dengan penyanyi jelita kelahiran Kuching, Sarawak, Dayang Noor Camelia Abang Khalid. Sejak album terakhirnya kira-kira tiga tahun lalu, namanya terus senyap dan sukar dihubungi mana-mana media/wartawan. Kini ada berita terbaru mengenai Camelia, daripada sumber yang rapat dengan keluarga Camelia, dengarnya penyanyi itu menimang cahaya mata perempuan yang dilahirkan minggu lalu. Nak sahkan lagi, sumber ini dapat daripada seorang jururawat sebuah hospital swasta di PJ. Memang katanya, penyanyi itu selamat bersalin.


Dengar cerita lagi daripada seorang sumber terdekat, Camelia terus mendapatkan khidmat jururawat di situ untuk menjaga bayi comelnya serta kesihatannya sendiri. Naluri keibuan yang begitu terserlah daripada Camelia. Berita ini masih belum ada kesahihahn daripada empunya badan, tapi apa2pun, tahniah kerana kini bergelar ibu dan semoga Camelia kembali mewarnai pentas seni tanah air! -HMetro

Camelia berada di London, sedang hamil?

Jumaat, 17 September 2010

Seperti mana yang ramai sedia maklum, berita terakhir yang kedengaran mengenai Camelia ialah dia sudah bernikah dengan usahawan berjaya. Ada juga yang maklumat yang mana Camelia kini menetap di Bangkok, Thailand kerana mengikut suaminya yang menguruskan perniagaan di sana. Paling terbaru ialah Camelia kini berada di kota London.

Sumber ini memberitahu, kehidupan Camelia di kota metropolitan Inggeris itu cukup membahagiakan dirinya. Jadi apa benar Camelia sudah hamil seperti yang diura-urakan. Sumber itu tak berani cakap soal kesahihan kehamilan Camelia tapi Camelia berhajat untuk melahirkan anaknya di sana sebelum kembali ke Malaysia.

Adik Camelia Sosial Sungguh

Jumaat, 25 September 2009

Kenapalah segelintir artis-artis di negara ini, sangat sosial sehinggakan adik-adik mereka juga turut mengikut jejak langkah. Yang mendapat kesannya, artis berkenaan juga walaupun adiknya sosial. Dikatakan tiada bimbingan agama, mustahil juga, dah tua bangkak mestilah ada juga ilmu agama kan. Mungkin dengan alasan terlupa dan usia masih muda. Penulis pun tak tahulah dunia sosial ni, kalau diikutkan memang tiada batasan bila dah bergaul bebas tahap cipan.

(lama) Gambar Camelia Dicium Someone

Isnin, 4 Mei 2009

Penulis bukan tiada idea nak tulis berita baru, tapi penulis beranggapan gambar yang ini penulis belum siarkan lagi. Jadi tak best lah kalau takde koleksi gambar yang hebat-hebat belaka, memandangkan pengguna Internet sekarang dah bertambah dan yang baru juga nak tahu kisah-kisah artis yang lama. Kali ini gambar Camelia (anak kelahiran Sarawak yang manis) dicium dengan penuh 'fokus' oleh someone ni. Tak tahulah kalau gambar ini Camelia atau bukan, namun dari perhatian penulis, 75% sepertinya Camelia. Anda rasakan?



Gambar Camelia, Betty Benafe & Zahida Rafik Bersosial

Khamis, 9 April 2009

Artis Malaysia kalau bersosial memang mampu mengalahkan artis Hollywood. Gambar dua situasi berbeza ini nampak sama sahaja. Inilah yang dinamakan 'Clubbing'. Nama yang tidak asing lagi untuk abad ke-21.

Camelia dengan rakan-rakannya & Betty Benafe di lihat bersama Zahida Rafik dan Zizie Ezette. Apa pun yang dikaburkan atas meja itu, kita sudah sedia maklumkan. Agenda orang kafir laknatullah. Hehe.