kencing Ameng Spring positif dadah

Pada: Selasa, 10 Ogos 2010
Ujian yang dilakukan terhadap spesimen air kencing yang diperoleh daripada penyanyi kumpulan Spring, Ameng menunjukkan keputusan positif dadah. Perkara itu dimaklumkan oleh Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, Sarjan Halimi Jarkasi pada perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari Isnin kelmarin.

Halimi, 47, yang dipanggil selaku saksi pendakwaan pertama memberitahu, keputusan itu diperoleh selepas spesimen yang diambil pada 6 April lalu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Botol yang berisi specimen air kencing tersebut mengandungi label nama dan nombor kad pengenalan tertuduh, tarikh diambil serta ditandatangani oleh tertuduh. Botol juga dimateri,” katanya.
Beliau menambah, selepas keputusan ujian diperoleh, beliau telah menghubungi tertuduh untuk memintanya datang ke balai dan menyerahkan sesalinan keputusan ujian sebelum mengarahkan Ameng untuk hadir ke mahkamah. -mStar

Tag : , , ,