Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abby Abadi tegur pedas dengan Mas Idayu! PANAS..

Khamis, 29 September 2016

Beberapa hari lepas, Abby Abadi menerusi akaun Facebook miliknya bertindak untuk menegur seorang selebriti yang telah memeluk pelajar lelaki didalam program realiti Akademi Fantasia.

Ramai percaya bahawa teguran Abby itu ditujukan buat Mas Idayu dan ia mendapat perhatian orang ramai.

Mas Idayu buat kecoh lagi di Mentor.. (video)

Selasa, 9 Disember 2014

Wah Mas Idayu sekali lagi membuat kecoh di malam rancangan realiti, Mentor hujung minggu lalu. Nak tahu apa Mas telah buat. Jom tonton video kat bawah ni. keke.


Mas Idayu, protege keluar bersama untuk.... (4 gambar)

Ahad, 7 Disember 2014

Selepas satu video viral yang kontroversi berlaku beberapa minggu lalu diantara Mas Idayu dengan seorang lelaki ketika pengambilan peserta protege untuk program Mentor yang lalu, kini Mas sudah mempunyai protagenya sendiri.

Yang paling menjadi tumpuan, Mas dikatakan telah meluangkan masa dengan protege nya itu untuk bersenam/berjogging.

Ini dibuatkan kemungkinan hendak menambahkan stamina, kekuatan dan mengeratkan hubungan diantara mentor dan protege.

Mas Idayu 'over' sangat, marah masa ujibakat (wajib tengok)

Rabu, 19 November 2014

Mas Idayu dikatakan terlalu 'over' di dalam pengambilan ujibakat Mentor Legend 2014 seorang lelaki bernama Erdy Sofian.

Memang ramai yang tidak puas hati terhadap cara Mas Idayu ni. Selebriti yang lebih popular daripada dia ni pun tak juga macam ni yang mengakui suaranya cukup bagus (6.40 minit).

Buat lah cara baik, lembut bahasa. Lepas ni, sure kalah Mentor. kuku.. Good bye la Mas. Admin tabik kat Erdy ni, walaupun suara dia bagus dan hensem, tapi cara dia melawan balik kata-kata Mas membuatkan ramai terpegun, soalan perangkap lembut yang slumber yang membuatkan Mas sampai naik darah. kiki.

Gambar Resepsi Black Mentor

Khamis, 19 September 2013

Gambar dibawah adalah gambar resepsi penyanyi Black Mentor dengan isterinya, Naquia Yasirah pada 14 September lalu bertempat di Zebra Square.

Suasana turut diwarnai dengan kehadiran Ahmad Nabil sebagai moderator majlis. Umie Aida, Mas Idayu, Farawahida, Tomok, Iqram Dinzly, Norish Karman dan Ifa Raziah diantara selebriti yang turut memeriahkan majlis. -Gambar Murai

Apa kes Mas Idayu tak datang konsert akhir Mentor? Merajuk?

Isnin, 12 Julai 2010

Ramai juga yang bertanyakan kenapa Mas Idayu tidak datang di pertandingan akhir Mentor minggu lepas? Merajuk ke ataupun sengaja tidak mahu datang? Pertanyaan ini timbul dan datang daripada mulut-mulut orang lain yang ingin tahu. Ada yang kata Mas Idayu merajuk. Yalah, tahun lepas dia juara, tahun ni paling 'kodi' pun mestilah ke final. Tetapi sayang, semuanya 'hampeh', sebab itulah mereka kata Mas Idayu tak muncul gara-gara malu gagal ke final, lantas boikot Mentor akhir. Tetapi itu kata orang. Bila ditanya sendiri empunya diri, takda makna nak boikot.

"Selepas tersingkir dari Mentor tempoh hari, Mas dapat tawaran show di Johor Bahru, jadi Mas pun ambil wang pendahuluannya. Bila dah ambil duit orang, show kenalah datang. Takkan kita nak mungkir janjikan? Lagipun Mas tak tahu yang pertandingan akhir itu sama tarikh dengan show di Johor Bahru tu. Janganlah salah anggap, cerita yang bukan-bukan. Mana tahu tahun depan TV3 panggil lagi untuk Mentor musim baru," jelas Mas Idayu. -Utusan

Aksi cium pipi, Black di tegur

Selasa, 19 Januari 2010

Kisah 'kemesraan' Mas Idayu dengan protegenya, yang merupakan juara program realiti Mentor, Hanifah Md Hanafiah atau Black memang menjadi bualan ramai tidak lama dulu. Hubungan rapat mereka disalahertikan sehingga ada yang menganggap mereka sebenarnya menjalinkan hubungan cinta. Namun, baik Black mahupun Mas, kedua-duanya menyangkal khabar angin itu dan menegaskan hubungan mereka seperti anak dan ibu. Malah, Black sendiri akui, dia memanggil penyanyi dangdut itu dengan gelaran 'Mummy'.

Belum pun reda sepenuhnya cerita itu, sekali lagi kisah mereka kembali diperkatakan. Semuanya gara-gara tindakan Black yang dilihat mencium pipi penyanyi itu sebaik jejaka berusia 22 tahun itu diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini.

Ramai yang beranggapan tindakan Black itu kurang sopan, apatah lagi ia disiarkan secara langsung di televisyen dan disaksikan oleh berjuta-juta penonton. Menurut penyanyi yang mempertaruhkan lagu berjudul Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan Yuzai pada malam AJL24 itu, dia juga ada 'ditegur' oleh pihak TV3 sendiri kerana aksi 'ciuman pipi' itu.

Mas Idayu Dah Punya Teman

Rabu, 16 September 2009

Salam buat semua. Semalam dlm lebih kurang pukul 6.15 ptg tgh saya membeli barang2 di Giant Batu Caves...saya berselisih bahu dgn Mas Idayu yg juga telah membelek brg2 utk dibeli. Yg pastinya Mas Idayu bukan berseorangan....dia ditemani seorang jejaka dan yg pastinya bukan Black....jejaka tu tampan dan smart tgh menolak trolley barang...."Mesra Gitu"....wajahnya lebih kurang macam 'Wan x-Maestro' staff yg jaga Mawi dulu tu....Jadi dgn ini tlg hindari memfitnah MAs Idayu dan Black....sebab saya pasti jejaka tampan tu somebody special to Mas Idayu... -Peminat

Wajar Tindakan Black Peluk Mas Idayu?

Rabu, 15 Julai 2009

Dah terasa teruja dan terharu dengan kemenangannya, Black terus memeluk Mas Idayu. Memang tindakan Black ini membuatkan orang ramai merasa terkejut pada waktu itu (penulis pun terkejut juga). Peluk Black dan Mas Idayu mungkin mengambarkan mereka berpeluk (tak erat) sebagai pelukkan seorang anak dan ibu. Tapi ini Mentor, diantara murid (lelaki) dan guru (wanita). Kalau boleh, semua pelajar di Malaysia boleh mencontohi Black kot agaknya. Sebelum ni pun penulis rimas tengok Black dan Mas Idayu, asal sahaja nak tunggu result, mesti pegang tangan (ala-ala pegang kekasih). Korang tengoklah video ketika Black menang nie. Eeeee..