Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kesudahan rumahtangga Ezlynn....

Jumaat, 14 Julai 2017


Spekulasi keretakan rumah tangga penyanyi, Ezlynn sudah mula kedengaran dan akan menemui titik nokhtah apabila suaminya, Adam Fahmy Shamsudin bersetuju untuk bercerai secara baik.

Terdahulu, peguam plaintif Izyan Hazwan Ahmad yang mewakili Ezlynn memaklumkan defenden sedang mencadangkan penyelesaian.

Peguam, Ahmad Nazib Johari mengesahkan perkara itu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, pihaknya diarah oleh Adam untuk mencadangkan beberapa penyelesaian bagi diselesaikan secara baik.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua pihak masukkan perjanjian itu kepada mahkamah semingu sebelum tarikh 21 Ogos sebutan semula. -Sinar Harian

Ezlynn dedah pertahankan rumahtangga bergolak 3 tahun lalu atas sebab...

Jumaat, 9 Jun 2017

Ezlynn mendedahkan pergolakan rumah tangganya bermula sejak tiga tahun tetapi dipertahankan atas saranan mahkamah syariah yang memintanya menjalani kaunseling.

Begitupun, selepas tempoh itu hubungan Ezlynn bersama suami, Adam Fahmy, tidak dapat diselamatkan susulan tiada persefahaman.

"Kemelut rumah tangga kami bermula sejak tiga tahun lalu dan akhirnya saya terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah selepas tidak nampak jalan penyelesaian. Kini kami mengikut saranan pihak mahkamah menjalani sesi kaunseling.

"Saya mengunci mulut kerana menganggap ia kisah peribadi bersama suami yang tidak harus diceritakan kepada umum. Masih panjang sebenarnya proses ini untuk dibicarakan di mahkamah.

"Sejujurnya memang tiada komunikasi antara kami tetapi itu tidak bermakna kami bermasam muka. Lebih baik begini," katanya kepada BH Online.

Kes perceraian Ezlynn, suami enggan ceraikan pulak?

Rabu, 31 Mei 2017


Status rumah tangga penyanyi Ezlynn dan suaminya Adam Fahmy akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatankuasa pendamai mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian itu.

Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Mohamed Hizwan Mohamed Nor menetapkan tarikh berkenaan bagi membolehkan jawatankuasa pendamai yang dilantik oleh pihak plaintif iaitu Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 35, dan Adam Fahmi selaku defenden mengemukakan laporan mereka kepada mahkamah.

Peguam yang mewakili Ezlynn, Izyan Hazmi Ahmad berkata, pelantikan jawatankuasa dibuat berikutan tiada persetujuan bersama dalam meneruskan hasrat untuk bercerai.
"Pihak jawatan kuasa pendamai perlu tahu peranan sebenar mereka ialah untuk memastikan tidak berlaku perceraian. Perbincangan akan dilakukan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Saya harap kes ini tidak berlanjutan dan semua pihak perlu memberi kerjasama dalam menyelesaikan kes ini dan pihak berkenaan hadir pada hari yang ditetapkan," ujarnya.
Ezlynn memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari lalu.

PANAS! Ezlyn bakal bercerai dengan suaminya..

Selasa, 30 Mei 2017


Ezlynn memfailkan cerai terhadap suaminya, Adam Fahmy Shamsudin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.

Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, memfailkan permohonan itu pada Januari lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berikutan Adam Fahmy selaku defendan tidak bersetuju dengan perceraian itu, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kalangan ahli keluarga mereka.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada ahli keluarga yang rapat dengan plaintif dan defendan bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Pada prosiding hari ini, Ezlynn telah melantik kakak kandungnya manakala Adam Fahmy yang juga pengurus artis itu melantik adik kandungnya sebagai wakil JKP dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Mohamed Hizwan Mohamed Nor kemudian menetapkan 11 Julai ini untuk wakil-wakil JKP membentangkan laporan mereka.

Ezlynn dan Adam Fahmy mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 dan belum dikurniakan anak. -HarianMetro

Heliza, Saleha, Ezlynn Meriahkan Majlis Raya

Khamis, 30 Ogos 2012

Gambar dibawah adalah gambar tiga selebriti yang memeriahkan majlis untuk satu majlis bersempena Hari Raya, Raya Charity Luncheon di Sogo baru-baru ini bersama-sama kanak-kanak terpilih. Selebriti itu adalah Heliza Helmi, Siti Saleha, dan juga Ezlynn. Mari kita lihat siapa paling menawan ketika majlis itu. -gambar Facebook Heliza Helmi

Gambar Perkahwinan Ezlynn, Adam

Rabu, 23 November 2011

Perkahwinan Ezlynn baru-baru ini dengan pasangannya Adam Fahmy yang juga merangkap pembantu pribadinya sudah pon selamat dengann jayanya. Namun dalam episode (post) yang lepas, kami tak sediakan banyak gambar, namun kali ini, kami berjaya mendapatkan foto majlis pertunangan dan juga majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Bukit Kiara. Apa-apa pun jom layan gambar dibawah ni dulu.

-Gambar Via

Ezlynn kini dah jadi isteri orang

Isnin, 21 November 2011

Ezlynn telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya iaitu pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin sekitar jam 6 petang semalam, 20112011. Dengan sekali lafaz, majlis akad nikah telah selamat disempurnakan oleh bapa Ezlynn, Ariffin Alang Ahmad di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Ezlynn menerima sebentuk cincin bertahtakan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Adam bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang. Selain sebentuk cincin, Adam turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 serta wang hantaran sejumlah RM20,020.20.

Pada majlis bertunang yang diadakan sekitar jam tiga petang, pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dulang. Antara hantaran yang diterima Ezlynn adalah seperti kasut, senaskah Al-Quran dan tas tangan.

Sementara Adam pula, menerima hantaran berupa senaskah Al-Quran, kain songket, kemeja dan cuffling, pakaian untuk berbasikal, sepasang kasut, set haruman serta kaca mata.

Ezlynn peluk (pegang bahu) Datuk K?

Selasa, 5 Oktober 2010

Baru-baru yang lepas, SimplySiti telah mengadakan majlis pelancaran produk terbarunya dan sekaligus membuat rumah terbuka. Pelbagai acara yang disampaikan ketika itu. Namun terselit penyanyi Ezlynn dikala kita tidak sedari majlis berkenaan. Pada mulanya Ezlynn nyanyi diatas pentas tetapi kenapa secara tiba-tiba turun ke pentas dan memegang bahu Datuk K seperti mahu memeluknya pulak. Adeh2, ada-ada sahaja Ezlyn ni, Siti pun tak dibuat macam tue.


terus jerk tekan minit ke 4.50..

Ibu Ezlynn pilih 11.11.11 untuk kahwin

Selasa, 20 April 2010

Dalam laporan sebuah akhbar tempatan pada hari kelmarin bersamaan dengan 19 April, penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Ezlynn telah mendedahkan bahawasanya ibunya telah memilih tarikh 11.11.2011 untuk dia mendirikan rumah tangga atau lebih dikenali sebagai perkahwinan. Malah, Ezlynn juga telah mengakui dirinya sudah memiliki insan istimewa iaitu seorang lelaki bujang berusia 30 tahun. Menurut Ezlyn lelaki yang merupakan seorang ahli perniagaan itu cukup rapat dengan dirinya dan dia mengharapkan perhubungannya kali ini menjadi. Baguslah, tapi tidak kenapa pilih tarikh berkenaan ya? ikut 'skill' orang Cina kot. Hehe. -Gua