Rozita Che Wan mahu pakai skirt sepanjang masa

Pada: Jumaat, 19 Mac 2010
Kalau diperhatikan, penampilan Rozita Che Wan sekarang sudah semakin seksi berbanding di awal kemunculannya dahulu. Dahulu, pelakon berstatus janda ini jarang memakai pakaian pendek, tetapi kini dia nampak selesa mengenakan skirt atau gaun yang menyerlahkan kedua belah kakinya. Malah, pelakon jelita ini juga sering mengenakan pakaian ketat sehingga menyerlahkan bentuk badannya.

Hendak tahu apa komen dramatis popular ini mengenai isu ini? Rozita yang ditemui baru-baru ini menjelaskan, dia tidak pun merasakan dirinya semakin seksi. Alasannya, memang dari awal kemunculannya lagi dia sudah berpakaian seperti sekarang ini.

“Mungkin orang tidak perasaan dengan saya dahulu. Entahlah, saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Saya ni suka ikut ‘mood’ dalam berpakaian. Sekarang ini ‘mood’ saya memang hendak pakai skirt sahaja, sebab itu kalau pergi mana-mana acara, saya akan pakai skirt. Kalau orang kata saya terlampau seksi, saya tidak setuju. Penampilan saya biasa sahaja. Lagipun, saya tahu batasnya. Paling penting, saya selesa dengan penampilan saya sekarang ini,” jelas Rozita. -Gua

Tag : , , ,