Pada:
Sabtu, 13 Mac 2010
Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd Rani turut mengakui tiada rekod khalwat membabitkan pasangan itu.“Selepas saya memeriksa di Hotline, tiada rekod yang mengatakan kedua-dua pelakon itu telah ditangkap khalwat. Saya sendiri terkejut dan tidak mengetahui langsung mengenai perkara itu,” katanya ringkas.Pasangan yang bercinta sejak akhir 2008 itu turut menegaskan mereka tidak pernah duduk berdua-duaan di dalam rumah. Apabila Nabil datang ke apartmen Irma, dia hanya berada di luar rumah kerana menghantar makanan atau membawa keluar teman wanitanya itu. Nabil berkata walaupun begitu, dia masih mengetahui batas-batas agama. -mStar
Tag : Gossip Artis , Irma Hasmie , Kes Khalwat , Nabil Raja Lawak

