Pada:
Sabtu, 6 Mac 2010
Kononnya kata Mila, syarikat bernama Mila LuvCorperation yang baru berusia setahun jagung itu telah difitnah sudah tutup dan tidak lagi beroperasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Yang sebenarnya tiada istilah tutup atau bankrap seperti yang dikhabarkan itu,” tegas Mila dengan setegas-tegasnya.Malah kata Mila, dia tahu dan kenal siapa orang yang bertanggungjawab memburukkan nama syarikatnya. Dia juga cukup sakit hati dengan penyebar cerita buruk tentang syarikatnya itu.
“Dia cuba menjatuhkan nama dan syarikat saya kerana dia adalah bekas pekerja saya sendiri,” kata Mila kepada wartawan pada satu sidang media baru-baru ini. -utusan
Tag : Akademi Fantasia , Berita Artis , Mila , Perniagaan

