Majlis Berinai Umie Aida, nikah di Masjidil Haram

Pada: Rabu, 10 Mac 2010
Pelakon Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Kalsum Rahmad, 37, akhirnya menamatkan teka-teki tentang pernikahannya apabila mengumumkan tarikh keramat tersebut jatuh pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah. Dia yang bakal bernikah dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, memberitahu bahawa majlis sederhana itu akan berlangsung di Masjidil Haram dengan dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga dan rakan terdekat.

Selain itu juga, Umie memberitahu rombongannya bakal berangkat ke Mekah pada 11 Mac dan pulang pada 18 Mac sebelum majlis resepsinya yang bakal diadakan pada 28 Mac ini. Umie yang anggun mengenakan busana putih rekaan Jovian Mandagie pada Majlis Malam Berinai (8/3) turut memberitahu tiada sebarang hantaran ketika majlis pernikahannya nanti kecuali acara pertukaran cincin.

Turut hadir pada Majlis Malam Berinai berkenaan, terdiri daripada ahli keluarganya, wartawan dan rakan-rakan artis seperti Erra Fazira, Zahida Rafik, Azwan Ali, Kuza, Datin Noniswara, Nabila Huda, Emelda Rosmila, Ziela Jalil dan ramai lagi. -mStar

Tag : , , ,