Pada:
Jumaat, 5 Mac 2010
Walaupun ada yang menganggap drama berkenaan menghina mereka yang sedemikian tetapi penerbit dan penyiar mendakwa mereka mempunyai niat suci untuk mempopularkan golongan tersebut. Bagi penerbit drama Halimah Jongang, A. Aida, beliau mempunyai rasional tersendiri menerbitkan drama bersiri popular itu.

"Saya tidak ada niat mahu menghina mereka yang jongang. Sebaliknya dengan drama ini, saya telah menaikkan martabat orang-orang jongang. Sepatutnya orang jongang berbangga dengan drama ini," kata A. Aida.A. Aida secara peribadi tidak faham kenapa masyarakat berfikiran sempit dengan hanya mendengar tajuk sudah mula buat pelbagai andaian. Beliau mencadangkan mereka yang skeptikal agar menonton drama ini terlebih sebelum membuat pelbagai andaian. A. Aida juga kesal dengan dakwaan sesetengah pihak kononnya A. Aida Production, sebuah syarikat penerbitan yang menerbitkan drama menghina ciptaan Tuhan.
"Saya tidak rasa begitu. Bagi saya Tuhan merestui apa yang saya buat. Saya tidak mahu cepat melatah kerana drama saya berbuat kebajikan kepada mereka yang rasa rendah diri kerana kekurangan yang ada," katanya lagi. -Utusan
Tag : Astro , Berita Artis , Drama , Halimah Jongang

