Erma Fatima, Elly Suriaty perang dingin..

Pada: Sabtu, 13 Mac 2010
Buat masa ini memang Erma Fatima, kakak kepada Umie Aida tidak boleh maafkan perbuatan pelakon, Elly Suriaty. Siapa dia untuk mengatakan bahawa skrip teater Antara yang Erma Fatima yang ditulisnya sendiri telah jauh terpesong serta melanggar daripada akidah sedangkan ia sudah pun dipertontonkan terlebih dulu kepada pihak Jakim.

"Bukan hanya setakat terguris hati dengan perbuatan dan tindakan Elly Suraity tetapi dia juga turut memporak-perandakan seluruh produksi Antara dengan membuat musuh dengan pengarah produksi serta kareografer teater muzikal ini,"
kata Erma Fatima mengulas tindakan Elly Suriaty yang sebelum ini telah mendakwa bahawa skrip serta jalan cerita teater muzikal Antara sebagai bertentangan dengan ajaran serta akidah Islam.

Atas sebab itu, Elly telah menarik diri daripada mengarahkan teater muzikal Antara di Istana Budaya pada saat-saat akhir. Pengunduran Elly telah menarik perhatian ramai dan isu mengenai pertentangan akidah dalam teater muzikal Antara turut dibangkitkan oleh pihak media. Namun, sepanjang isu itu dibangkitkan Erma Fatima lebih gemar mengambil tindakan untuk berdiam diri. -Murai

Tag : , , ,