Pada:
Sabtu, 27 Februari 2010
Kos penerbitan yang tinggi serta ketandusan bakat dalam bidang nyanyian menjadi faktor kenapa program yang menawarkan wang tunai lumayan sebanyak RM 1 juta itu direhatkan seketika. Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar ketika membentangkan program 8TV sepanjang 2010 di Hotel Mantra Legend, Gold Coast, Australia memberitahu, Showdown 2010 juga menelan kos yang tinggi tetapi masih lagi rendah jika dibandingkan dengan OIAM.Seperti kebanyakan pertandingan realiti lain, program yang menawarkan hadiah wang tunai yang tidak kurang lumayan iaitu sebanyak RM 50,000 ini turut menggunakan SMS sebagai sistem undian. Juri profesional yang diberi kepercayaan untuk menilai bakat peserta ialah penyanyi yang juga anggota kumpulan Too Phat iaitu Joe Flizzow dan juga Maple Loo. -bHarian
Tag : Berita Artis , OIAM , Program Realiti , Rancangan TV

