Pada:
Selasa, 9 Februari 2010
Bayi seberat 4.43 kilogram itu telahpun dinamakan sebagai Ahmad Sodiq Hainana. Maksudnya tak begitu pasti tapi nama itu khabarnya dipilih sendiri oleh Johan. Memang bersemangat betul anak si Johan tu. Sampaikan jari-jemarinya yang comel dan mungil itu itu nampak begitu padat dan berulas-ulas. Pipinya pula jangan cakaplah montel sungguh.Khabarnya, Johan sendiri telah menyambut kelahiran bayi itu selepas berjam-berjam lamanya menemani Wati di dalam bilik kelahiran itu. Malah terpancar kegembiraan di wajahnya tatkala melihat bayi yang penyambung zuriatnya dengan Wati itu selamat dilahirkan ke muka dunia ini. Dengan kelahiran bayi itu akan memberikan lebih semangat untuk Johan bekerja dengan lebih keras lagi di dalam industri hiburan seni ini. -Murai
Tag : Anak Artis , Johan Raja Lawak , Ozlyn , Pelawak

