Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ozlyn bagi amaran keras!

Ahad, 27 Ogos 2017

Dalam pada ramai artis lelaki bergelar suami didekati wanita lain, Ozlynn Wati menegaskan tiada siapa berani mendekati suaminya, Johan.

Memetik mStar Online, Ozlynn bersyukur masjid dibina sejak lapan tahun lalu masih utuh dan tidak pernah timbul isu ada pihak cuba meruntuhkan mahligai cinta mereka.

"Jujurnya memang tidak ada yang mendekati pun.. Cubalah kalau berani!

"Sebenarnya saya dan Johan saling memegang kepercayaan dalam hubungan kami dan rasanya itulah rahsia kepada rumah tangga harmoni," katanya

Tambah Ozlynn, Johan lebih gemar menghabiskan masa di rumah bersama keluarga sekiranya tiada sebarang urusan kerja.

"Salah satu sebab saya kata tiada wanita berani mendekatinya kerana sikapnya sendiri memang gemar duduk di rumah.

"Kalau dia keluar pun, dia pergi bermain futsal dengan rakan-rakan dan itu pun dia akan tinggalkan telefon di rumah," ujarnya.


Perkara sama diakui penyampai radio Era fm itu sendiri yang lebih memilih untuk mengutamakan keluarga.

"Saya bekerja untuk isteri dan anak-anak dan tiada masa hendak fikir perkara lain.

"Jika saya keluar tanpa isteri saya sentiasa ingatkan diri yang saya turut membawa maruahnya bersama," kata Johan.




Ozlyn akui pakai simple, tapi akhirnya kantoi...

Jumaat, 4 Ogos 2017

Baru-baru ini Ozlyn dan suaminya, Johan ada pergi ke sahabatnya. Ozlyn dengan caption nya bertulis yang dia sememangnya seorang yang simple, sehinggakan memakai selipar yang biasa-biasa sahaja baginya.

Namun ramai nitizen yang cerdik pandai telah mengetahui itu bukan selipar biasa-biasa, sebenarnya itu adalah selipar berjenama Channel.

Persoalannya, simple sangat ke Ozlyn katakan ni? kelentong akhirnya kantoi?

Johan disaman Polis kerana memandu laju, Tapi alasan diberikan TAK MASUK AKAL !

Khamis, 15 Jun 2017

Siapa tak kenal Johan kan. kali ni Johan memang betul-betul buat hal la. Johan disaman Polis kerana memandu laju, namun alasannya sangat mengejutkan netizen.

Komen nakal Zizan untuk Ozlyn mengenai Nasi Lemak

Khamis, 13 April 2017


Baru-baru ini, Ozlyn mengucapkan terima kasih kepada Zizan Razak kerana mengingatkan suaminya Johan untuk membawa nasi lemak pulang ke rumah. Ozlyn terharu kerana apabila Johan pulang walaupun penat, sempat juga bawa pulang dan hidang nasi lemak padanya dan keluarga.

Komen Ozlyn itu juga di balas oleh Zizan. Komen nakal dan lawak dari Zizan itu berjaya mencuit hati ramai followers di twitter dan IG.

Johan, Zizan berhibur di dalam kereta.. (video)

Selasa, 21 Mac 2017

Bahagia betul lihat pasangan pelawak Johan dengan Ozlyn ni kan. Ditambah pula kehadiran Zizan, rakan akrab Johan yang sekali sekala bersama dengan keluarga Johan. Jom layan.

Video Zizan Razak bergaduh jadi bualan hangat

Khamis, 2 Mac 2017


Video anak-anak Johan & Ozlyn

Khamis, 18 Ogos 2016

Dengarnya banyak video yang dimuatnaik oleh Johan dan Ozlyn untuk menunjukkan anak-anak mereka buat masa ini. Satu channel di Youtube sudah dibuat dengan nama 'jozlynn hanania'.

Jom layan beberapa video dibawah ini.

Johan, Ozlyn belasah anak UNTUK...

Selasa, 5 Julai 2016

Johan dan Ozlyn mempunyai ketegasan dalam cara mendidik anak yang agak teradisi dimana menggunakan rotan atau belasah sebagai alat untuk mendidik anak menjadi anak yang berguna.

“Biarlah jika ada yang mempertikaikan tindakan saya dan isteri yang dikatakan tegas dalam mendidik anak-anak. Saya rotan atau belasah mereka pun biarlah daripada kecil. Tidak guna untuk membentuk anak-anak apabila mereka sudah besar nanti. Dan kini biarpun masih kecil, namun mereka sudah tahu rutin harian yang perlu dilakukan.”

“Sebenarnya, ibu bapa kami juga kurang bersetuju melihat cucu mereka dirotan dan didenda, namun inilah cara kami untuk mendidik anak-anak. Alhamdulillah, setakat ini saya gembira dengan pilihan yang dibuat kerana anak-anak mendengar kata. Kami tak kata cara kami adalah terbaik buat semua, namun inilah pendekatan kami gunakan.”

“Malah ramai yang bertanya kepada saya bagaimana kami mendisplinkan anak-anak terutama yang didominasi oleh anak lelaki. Oleh itu penting untuk mendidik anak-anak dengan memberikan contoh terbaik. Mana mungkin kita mengajar anak untuk melakukan sesuatu namun kita tidak pula mempraktikkannya,” katanya kepada Berita Harian Plus.

Jawapan terbaik Johan tak pergi ke Tribute Mengenang Pak Yus..

Ahad, 6 Disember 2015

Harijadi pertama anak Fasha Sandha, Raysha Jemyma (15 gambar)

Rabu, 11 November 2015

Ozlyn akui duit Johan banyak akan masuk ke akaunnya juga..

Khamis, 3 September 2015


Ozlyn Wati berkata, dia akan "tinggalkan" suaminya, Johan untuk berlakon kalau tawaran itu berbaloi. Namun gurau Ozlyn, pendapatan Johan yang agak banyak itu akan masuk juga ke akaunnya. -video mStar

Parodi MAID oleh Johan, Ozlyn (video)

Rabu, 8 Julai 2015


Parodi M.A.I.D Oleh Johan Dan Ozlyn
Video di bawah ni adalah video paradoi drama MAID versi Johan dan Ozlyn. Memang menarik dan melucukan. Memang agak lumrah, sebelum kahwin sangat romantik, bila dah berkahwin beranak pinak, lain pula jadinya, makin tawar.

Bercium sudah menjadi amalan kami berdua - Ozlyn

Jumaat, 10 April 2015


Ozlyn Wati memilih untuk berdiri di belakang suaminya iaitu Johan (Raja Lawak) apabila mempertahankan tindakan pelawak itu yang mencium bibirnya ketika menghadiri Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) Ahad lalu.

Ozlyn berkata, bercium telah menjadi amalan mereka di rumah dalam menyatakan rasa cinta terhadap satu sama lain dan ia mengeratkan hubungan mereka sebagai suami-isteri.

Ozlyn juga berasa pelik mengapa tindakan Johan dipertikaikan sedangkan mereka adalah suami-isteri yang sah dan ia diketahui oleh semua orang.

Malah dia pelik mengapa tiada pihak mengecam selebriti yang tidak mempunyai ikatan sah tetapi bergaul bebas dengan bukan muhrim pada malam itu. -petikan mStar
"Bukan saya sahaja yang dia cium di bibir malah empat anak-anak kami dia buat begitu dalam menyatakan rasa kasihnya pada kami.

"Mungkin pada orang lain aksi spontan Johan itu keterlaluan tetapi bagi kami ia biasa sahaja kerana memang itu amalannya,"

"Malam itu rasanya ramai artis lain yang tiada ikatan sah tetapi berpelukan dan berlaga pipi, tidak pula dijadikan isu.

"Kami yang mempunya ikatan sah pula menjadi perhatian dan mendapat pelbagai kecaman,"

"Saya ingatkan lama, cuma dua saat sahaja dan kami dituduh memberikan impak negatif kepada penonton terutamanya kanak-kanak.

"Ia berlaku terlalu pantas dan ia bukannya menimbulkan ghairah pun," -Ozlyn

Imam nasihatkan Johan aksi cium Ozlynn di ABPBH

Selasa, 7 April 2015

Tindakan Johan Raja Lawak yang mencium isterinya, Ozlynn Watie di khalayak umum sewaktu diumumkan sebagai pemenang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di anugerah Bintang Popular Bintang Harian (ABPBH) 2014 di Arena Of Stars Di Genting Highlands mengundang kontroversi.

Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Hassan Al Fadhli Abd Rahman menyatakan secara asasnya hukum suami mencium seorang wanita yang sah bergelar sebagai isteri tidak menjadi kesalahan. Namun, hukumnya berbeza apabila dibuat secara terbuka.

Jelasnya, perkara sedemikian haruslah disembunyikan daripada pengetahuan umum kerana terdapat segelintir penonton dalam acara tersebut yang belum berkhawin.

Bukan itu sahaja, Hassan turut menasihati agar Johan dan isterinya supaya melihat suasana dan keadaan sebelum melakukan sebarang aksi kerana hukum fekah berubah mengikut keadaan.
“Kita juga harus menutup fitnah yang akan disebarkan oleh orang ramai kerana bukan semua orang tahu wanita itu (Ozlynn) adalah isteri Johan,”

“Contohnya sewaktu di rumah, isteri boleh mempamerkan auratnya kepada suami kerana pada waktu itu tidak ada orang lain selain suaminya. Namun sewaktu di luar rumah, isteri harus menutup auratnya agar tidak dilihat oleh orang lain.

“Begitu juga, cium di rumah boleh kerana tidak ada orang lain, tetapi depan orang ramai tidak boleh walaupun cium itu halal bagi suami dan isteri,” -Ustaz Hassan petikan freemalaysiatoday.com

Sekitar akikah anak Johan, Ozlyn (10 gambar)

Khamis, 15 Januari 2015

Baru-baru ini Johan dan isterinya, Ozlyn telah mengadakan satu majlis akikah untuk anak kesayangan mereka Nur Latifah Chantiq Hanania. Majlis berlangsung di Villa Casa Heliconia dengan dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain.

Nama anak sulung Johan, Ozlyn adalah.. (2 gambar)

Rabu, 17 Disember 2014

Dengar cerita yang Johan dan ozlyn telah berkongsikan nama anak sulung perkahwinan mereka dengan diberi nama sebagai Nur Latifah Chantiq Hanania.

Walaupun nama anak mereka didedahkan namun wajah anak mereka itu belum lagi boleh ditayangkan secara umum, hanya sipi-sipi sahaja yang boleh dilihat.

Tahniah! Johan timang anak sulung (2 gambar)

Selasa, 2 Disember 2014

Tahniah kepada Johan yang dikhabarkan sudah menimang anak pertamanya dimana isterinya Ozlyn telah selamat melahirkan anak ke-4 berjantina perempuan pada 25 November yang lalu.

Namun Johan buat masa ini enggan memberi lihat wajah anak sulungnya itu kepada umum/peminat.

Ozlyn isteri Johan hamil 8 bulan (gambar)

Isnin, 29 September 2014

Tip tup, isteri Johan, Ozlyn kini hamil anak ke-4, sudah 8 bulan dan menurut portal mStar akan dijangka bersalin pada awal bulan November 2014 nanti.

Menurut doktor walaupun sudah membuat scanning, tapi jantina belum dipastikan lagi 100%, namun Ozlyn mengharapkan ianya bayi perempuan.

3 Gambar Umrah Johan, Ozlyn

Selasa, 14 Januari 2014

Alhamdulillah, akhirnya suami isteri, Johan Raja Lawak dan Ozlyn telah pergi menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini, kelihatan mereka berdua pergi ke sana. Syukurlah, berkat menang saman kan. :)

Johan Belikan Beg RM200k Untuk Ozlyn?

Selasa, 24 September 2013

Ini adalah sisipan HariaanMetro edisi 22 September 2013. Dimana menyatakan yang Johan telah memberikan hadiah istimewa berupa bag tangan yang bernilai RM200,000 kepada isteri tersayangnya, Ozlyn.

Ini bermula apabila Ozlyn menunjukkan gambar beg tangan idamanya kepada Johan berjenama Berkin. Kalau nak diikutkan harga setiap bag Berkin memang mahal bapok, ribu dan puluhan ribu sampailah ke ratusan ribu.

Tapi tak pasti betul ke dakwaan sisipan ini yang menyatakan RM200,000 harga sebenar beg tangan itu. Secara logik, memang Johan akan fikir dua kali untuk membelinya. Sebab super jutawan sahaja yang mampu beli bag macam ni. Lainlah kan logiknya beg ni Johan beli dalam lingkungan RM2,000-RM20,000..

Tapi tiada yang mustahil kalau bab sayang-sayangi ni.