Istana enggan terima Fazura sebagai pasangan diRaja?

Pada: Khamis, 25 Februari 2010
Perhubungan Fazura dengan seorang kerabat diraja sudah lama diperkatakan. Meskipun tiada pengakuan dan penjelasan yang telus daripada pelakon jelita berusia 26 tahun itu sebelum ini, yang lebih senang memberikan jawapan selamat tentang perhubungan peribadinya. Sehinggalah majalah 'Hai' keluaran bulan ini, dalam temuramahnya dengan 'Hai', Fazura berkongsi bahawa dia dan kerabat diraja berkenaan ada berbincang tentang soal perkahwinan.

Sekaligus mengiyakan apa yang sudah lama disyaki umum, malah memberi gambaran bahawa perhubungan ini diambil serius kedua belah pihak. Namun, perhubungan ini nampaknya tidak direstui pihak istana. Dalam laporan esklusif Hits (Utusan Malaysia) kelmarin (24/2) - 'Fazura tidak diterima istana?' - seorang sumber istana dipetik memberitahu istana tidak dapat menerima Fazura. Tambahnya lagi, kenyataan yang dikeluarkan Fazura sebelum ini mengenai perhubungannya dengan kerabat diraja tersebut hanya pendapat dia seorang kerana "bukan dia seorang sahaja kawan wanita kerabat diraja itu".
"Sudah tentu istana mahukan kerabat diraja bertemu jodoh dengan wanita yang tidak pernah terlibat dalam kontroversi tidak kira sama ada gadis kampung atau anak raja," kata sumber tersebut. Fazura yang dihubungi enggan mengulas mengenai hal berkenaan lagi. -Gua

Tag : , , ,