Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Inilah dia bakal suami Hetty Sarlene (2 gambar)

Isnin, 22 Februari 2016

Buat masa ini, Hetty Sarlene sedang menghitung hari untuk bergelar isteri kepada jejaka kelahiran Britain yang dikenali sebagai Daniel Oakes (sudah memeluk Islam) .

Menurut portal Bharian, mereka sudah mengikat tali pertunangan dengan jejaka idamannya di London, Disember 2015.

Anak comel Putera William, Kate Middleton (4 gambar)

Selasa, 9 Jun 2015


Istana Kensington telah mengeluarkan foto rasmi dua anak kepada pasangan Diraja, Putera William dan Kate Middleton iaitu Putera George Alexander Louis dan Puteri Charlotte Elizabeth Diana (sebulan usianya).

Liyana Jasmay, keluarga ke England (17 gambar)

Jumaat, 24 Oktober 2014

Rafidah di Manchester, England (15 Gambar)

Isnin, 13 Oktober 2014

Baru-baru ini Rafidah ke beberapa bandar di England seperti Manchester. Mungkin bercuti kot dengan rakan-rakannya.

Cantik sungguh melihat Rafidah ni terpegun juga melihat banyak kali. Single lagi tu. Sapa nak berkenen, nah silakan. keke.

21 Gambar Awal, Scha ke London

Jumaat, 14 Mac 2014

Baru-baru ini Awal Ashaari dan isterinya, Scha Al yahya telah dijemput oleh syarikat pengedar barangan elektrik, Senheng untuk melancong bersama-sama dengan 50 orang pemenang peraduan Power Up Shop & Win Contest anjuran Senheng ke London, Manchester dan Birmingham. Peraduan itu berlangsung pada 1 September hingga 30 November 2013 yang lalu.

Skandal Neelofa di London?

Rabu, 4 September 2013


Ini adalah gambar percutian Neelofa di ibukota London pada awal bulan September ini. Mungkin nak berehat panjang setelah aktiviti promosi dan lakonannya untuk filem Hans Isaac Lemak Kampung Santan yang difahamkan filem itu hanya mengaut RM120,000 jauh daripada kos sebenar pembikinannya.

Apa-apa pun tugas Neelofa selesai, jadi apa filem terbaru lakonan Neelofa, tunggu dan lihat. Gambar diatas bukan skandal dia pun, tu patung lilin aktor hollywood, George Clooney yang dipamerkan disana.

Gambar Pernikahan Betty Benafe

Isnin, 10 Disember 2012

Pada tarikh 8 Disember 2012 yang lalu, pelakon Betty Benafe telah selamat bergelar isteri kepada Bruce Dargus sekitar jam 2 petang hari berkenaan. Acara nikah itu dihadiri oleh ramai media dan juga rakan-rakan kedua-dua pasangan.

Majlis yang berlangsung itu diadakan di rumah Betty di Kempas Baru, Johor. Bruce difahamkan merupakan seorang pakar perunding teknologi dengan berdarah kacukan Britain dengan Lubnan. Tahniah diucapkan dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. -gambar facebook.com/sazastudio

Dato Siti Nurhaliza bersama Kate Middleton

Isnin, 17 September 2012

Baru-baru ini pasangan diraja Britain, Prince William dan Kate Middleton ada membuat lawatan beberapa hari ke Malaysia. Dan kedatangan mereka disambut dengan penuh protokol. Namun yang itu semua admin tidak menceritakan lebih lanjut, hanya berkongsikan detik-detik pertemuan dua mata diantara Dato' Siti Nurhaliza dengan Kate Middleton. Kedua-dua wanita yang boleh dikatakan ikon negara ini sempat bergambar bersama-sama.

Gambar suami Annahita Bakavoli, bulan madu di England

Selasa, 20 Julai 2010

Pelakon Annahita Bakavoli dan Datuk Saiful Bahar Datuk Mohd Arshad yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu selamat diijabkabulkan pada 10 Julai lalu di Masjid Negeri Shah Alam, Selangor. Dalam majlis itu pengantin perempuan menerima wang hantaran RM21,212.12, mas kahwin RM2,000 serta lima dulang hantaran. Pihak perempuan kemudian membalas tujuh dulang hantaran kepada pengantin lelaki.

Mereka berdua berlepas ke England Ahad lalu untuk berbulan madu selama sepuluh hari. Annahita berkata, dia dan suami akan melawat beberapa tempat menarik antaranya Windsor, Stratford Upon Avon, Lake District, Manchester, Oxford dan Cambridge. -mStar

David Beckham berketurunan Yahudi

Rabu, 23 Jun 2010

David Beckham atau nama sebenarnya David Robert Joseph Beckham adalah dari keturunan Yahudi dari sebelah datuknya. Perkara ini dapat dikenal pasti lagi apabila dia menghadiri upacara pengkebumian datuknya, Joe West di tanah perkuburan Golden Green, North London. Pada majlis itu dia memakai yarmulk biru iaitu ketayap kecil orang Yahudi. Selain itu anak David Beckham yang pertama telah dinamakan dengan nama Brooklyn Joseph Beckham. Semua orang mengetahui bahawa Broklyn adalah nama sebuah penempatan terbesar masyarakat Yahudi di New York.

"I used to wear the traditional Jewish skullcaps when I was younger, and I also went along to some Jewish weddings with my grandfather." - David Beckham

Ikhtibar kisah hidup Lan A to Z

Rabu, 3 Februari 2010

Suatu masa dahulu, nama Lan A to Z atau Norazlan Abdul Aziz cukup popular. Digilai ramai anak gadis, Lan A To Z antara artis yang berjaya di era 90-an apabila kumpulan berkenaan meraih sukses dalam penjualan album dan pertunjukan pentas. Kaya, mewah dan bergaya, Lan mampu menggapai apa saja yang diinginkan termasuklah mengahwini wanita kacukan yang cukup jelita, Marcella Casissi Shariff, bekas pramugari penerbangan Royal Brunei.

Pun begitu, itu cerita 11 tahun lalu. Hari ini, lelaki yang pernah digilai ramai itu semakin ‘layu’ dan dilupakan. Dia tidak lagi meraih populariti sama seperti 11 tahun lalu. Malangnya, Lan bukan sahaja kehilangan peminat dan populariti, sebaliknya turut kehilangan kekasih hatinya, Marcella. Marcella memilih untuk kembali ke tanah kelahirannya di England dengan membawa bersama permata hati mereka, Puteri Nur Aqmar,10, Puteri Nur Syafiqah,9, dan Puteri Nur Farhana,3.

“Ia terjadi selepas saya mengalami kejatuhan dalam dunia muzik. Kesempitan hidup membuatkan saya hilang segala kemewahan dan sukar untuk menggembirakan hati anak-anak dan isteri.
“Akhirnya saya membenarkan isteri membawa anak-anak untuk tinggal bersama ibunya di Lancashire, England,” cerita Lan yang tidak pernah sekali pun terdetik untuk menceraikan Marcella.
“Saya tahu saya kurang pada harta tetapi istimewanya saya ini ialahseorang yang setia terhadap isteri. Saya masih mengharap agar semua akan menjadi pulih seperti sedia kala” katanya lagi. -Utusan