Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar pernikahan Angah Raja Lawak (10 gambar)

Ahad, 21 Februari 2016



Dalam satu majlis yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Melaka Perdana Homes Resort, pelawak dan juga pelakon popular Angah Raja Lawak, 38 selamat menamatkan zaman dudanya dengan gadis pilihan Amira Asyura Abd Razak, 20 dengan sekali lafaz.

Angah Raja Lawak atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim menggayakan kurta kelabu gelap dinikahkan dengan berwalikan jurunikah, Mohammad Suhaimi Kassim dengan mas kawin seutas rantai emas dan sebutir loket belian selain wang hantaran RM15,000.

Jep Sepah Besar Kepala?

Isnin, 3 September 2012

Siapa yang membaca sisipan akhbar Utusan semalam, pasti ada terbaca mengenai pelawak yang meningkat naik namanya, Jep Sepah. Dikhabarkan oleh mulut terkenal mengenai gosip di Utusan, Joyah mengatakan yang Jep tidak seperti dahulu lagi dan kelihatan 'besar kepala' akibat peningkatan gaji daripada biasanya, tak tahulah berapa nilainya.

Ini adalah gosip yang disebarkan oleh orang dalaman produksi itu sendiri, tidak tahu motif apa, mungkin cemburu mungkin selainnya. Yang pasti sumber itu mengataan dia melihat sejak Jep terlibat dengan drama berbentuk komedi dengan produksi yang sumber ini menapak, egonya kian menjadi-jadi.

Sehinggakan Jep dikatakan menyusahkan tenaga kerja produksi berkenaan dengan pelbagai hal termasuklah pemilihan lokasi set. Dan seperti bos dengan setuju atau tidak diatas pemilahn set itu.

Yang paling tragik lagi, soal gajinya yang lebih berbanding Shuib, walaupun Shuib pelakon/watak utama drama komedi berkenaan. Kata Joyah tu lagi, katanya Jep bercinta dengan produser drama berkenaan.

Aish, biar betul ni. Kita harapkan cerita-cerita ini tak benar, tapi kalau takda angin, masa kan pokok bergoyang pulak kan, jin kot yang goyangkan. keke.

Tauke Raja Lawak Cerai dengan Isteri ke-3

Khamis, 30 Ogos 2012

Memetik daripada SinarHarian, Tauke Raja Lawak mengesahkan yang dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya yang ke-3, Meera pada 12 Ogos lalu. Episod ini sudah dipostkan beberapa minggu yang lalu, di sini. Tidak diketahui apa punca sebenar keretakan rumahtangga yang dibina pada bulan April 2012 sehingga Ogos 2012.
“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,”

“Memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."

inikah kekasih Mamat Sepah?

Selasa, 25 Januari 2011

Belek punye belek tadi di dalam internet, sekali terjumpa dah gambar-gambar finalist Raja Lawak musim ke-3, Mamat Sepah bersama dengan teman rapatnya yang bernama Nur Syuhada. Tak pasti kalau teman rapatnya ni merupakan kekasihnya. Tapi dengar-dengar dia memang kekasih Mamat. Nur Syuhada dikatakan adalah adik kepade guitarist kumpulan Kristal, Rodi dan sekarang Nur Syuhada sedang menuntut di ASWARA. Nur Syuhada lawa juga orangnya, cun habis.






















Video lawak Dato' Siti Nurhaliza

Khamis, 9 Disember 2010

Jarang sekali melihat aksi yang melucukan daripada Dato' Siti ni. Orangnya sentiasa konfiden dan serius juga tapi senyuman tu yang menawan, siapa lihat sudah tentu tertawan. Tapi dalam serius tu, ada juga Dato' Siti buat lawak, boleh jadi pengetua Raja Lawak pas ni. Memang tidak disangka itulah yang terjadi dalam kli videonya di laman Facebook miliknya. Nak ucap selamat pengantin baru kepada tutzz, tetapi tersasul pula sampaikan Dato' Siti ucap......

Zizan Raja Lawak buka kedai perniagaan pakaian Indonesia

Jumaat, 18 Jun 2010

Mohd. Raizizan Ab. Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan dari program realiti, Raja Lawak musim yang pertama itu bakal bergelar usahawan tidak lama lagi. Perkara itu sebaliknya diluah sendiri daripada mulut Zizan sendiri baru-baru ini. Zizan memberitahu, dia dalam perancangan membuka kedai menjual pakaian. Stok-stok baju yang ingin diletakkan di premis perniagaannya diambil dari negara seberang, Indonesia. Buat masa ini, dia sedang berbincang dengan individu-individu tertentu bagi merealisasi hasratnya bergelar ahli perniagaan.

Malah, dalam waktu sama, Zizan sedang mencari artis-artis popular tanah air walaupun tidak dikeetahui apa sebabnya. Sama ada dia mahu melantik mereka jadi duta, pelawa rakan artis tolong merasmikan kedainya atau ajak mereka buat persembahan pada pelancaran butiknya, sama-samalah kita nantikan. -Kosmo

Johan Raja Lawak trauma kena gelas di muka

Ahad, 16 Mei 2010

Begitulah yang didedahkan Setiausaha Kehormat Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Yusof Kelana kepada Harian Metro - 'Raja Lawak Trauma' - selepas berjumpa dengan Johan atau nama sebenarnya, Muhammad Yazid Lim. Insiden dibaling gelas oleh pengarah Mohd Javed Mohd Nizar, meninggalkan kesan yang mendalam pada Johan. Bukan parut di muka yang dimaksudkan tetapi Johan sudah trauma gara-gara kejadian tersebut.

Dedah Yusof, Johan, yang digambarkannya seorang yang ceria dan periang, kini
"seperti terkejut dan tidak mahu tidak diganggu sementara waktu kerana trauma."
Tambahnya, Johan telah pun menceritakan kepadanya kisah di sebalik kejadian itu dan beliau akan membuat surat aduan kepada Seniman agar tindakan susulan dapat diambil. -Gua

Nabil Raja Lawak lupa ingatan akibat kemalangan

Sabtu, 15 Mei 2010

Sudah jatuh ditimpa tangga! Begitulah nasib yang menimpa Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad. Jam 12 tengah hari, Nabil telah kehilangan datuk kesayangannya. Niatnya untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis pengebumian arwah bertukar menjadi tragedi apabila dia sendiri terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Damansara. Kejadian berlaku pada 6.05 petang, di hadapan stesen minyak Petronas berdekatan Ikea. Nabil dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang ingin memasuki simpang. Apabila gagal mengawal motosikalnya, Nabil terjatuh.

Nabil mengalami luka di tangan serta kecederaan di rusuk belakang. Kesan hentakan itu juga menyebabkan Nabil mengalami gegaran di otaknya. Bagaimanapun, menurut pengurus Nabil, Latip, dia kini dalam keadaan stabil.
“Masa kemalangan, Nabil jatuh dan kepalannya terhentak di atas jalan. Dia mengalami gegaran di otak akibat hentakan itu dan dia pengsan. Bila dia terjaga, dia lupa ingatan. Kami ada tanya dia apa yang berlaku, tetapi dia langsung tidak ingat apa-apa yang berlaku sepanjang hari ini.
“Sepatutnya Nabil kena tahan wad. Doktor arahkan dia diberi pengawasan selama 24 jam. Tapi dia tak nak. Dia nak balik rumah. Sekarang ini dia dijaga oleh P.A dia. Alhamdulillah, keadaan Nabil tak teruk sangat sebab dia pakai ‘safety suit’ ketika itu,” ujar Latip. -Gua

Zizan Raja Lawak tiada jodoh dengan 3 'makwe'

Jumaat, 7 Mei 2010

Pelawak Zizan baru-baru ni telah meluahkan apa yang terbuku selamanya dihati. Zizan bukan mengadu pasal kisah putus cintanya dengan Leez yang asyik digembar-gemburkan mana-mana media cetak/maya mahupun blog. Tapi Zizan kali ini mengadu mengenai ‘cinta’nya kepada satu hal lain iaitu kereta miliknya sendiri. Kata Zizan, dia dan kereta macam tak ada jodoh jerk sejak dibeli. Asyik bernasib malang dan terus malang sehinggakan...

“Sejak jadi pelawak lebih kurang tiga tahun lalu, saya sudah mempunyai tiga buah kereta. Saya bukan nak bangga diri sebab ada tiga kereta, tapi saya nak cakap, saya rasa saya ini sentiasa bernasib malang dan macam tak ada jodoh dengan kereta,” luahnya.
“Kemudian menggantikan kereta (satria-kereta pertama)itu, saya beli sebuah kereta baru. Malang betul, kereta kedua itu pun kena curi juga. Sekarang, saya baru memiliki sebuah kereta baru yang merupakan kereta ketiga saya dalam tempoh tak sampai 10 tahun, pun bernasib malang juga.
“Baru-baru ini, sewaktu saya bertugas di luar Kuala Lumpur, kereta itu kena pecah. Habis semua barang-barang dalam kereta kena curi. Nasib baiklah kereta ketiga saya ni tak dibawa lari,” katanya serius.
-hMetro

Penyesalan oleh Nabil Raja Lawak dengan Saman RM2 Juta

Sabtu, 20 Mac 2010

Genap dua tahun usia penglibatan pelawak popular Ahmad Nabil Ahmad dalam dunia seni dan dia sudah menerima 'hadiah' terbesar yang tidak pernah diduga iaitu saman RM2 juta daripada syarikat perfileman, SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. yang menerbitkan filem lakonannya, Lu Pikirlah Sendiri De Movie. Semuanya gara-gara ketulusan Nabil memberi komen tentang lakonannya dalam filem itu yang diarahkan oleh Aminah Rhapor.

"Saya tidak menyesal dengan apa yang saya cakap kerana ia sesuatu yang betul. Tanyalah mana-mana penonton yang telah tengok filem itu, pendapat mereka serupa dengan saya. Jadi, salahkah kalau saya hanya beri pendapat tentang mutu lakonan saya sendir? Saya bukan kata jangan tengok filem itu. Tidak sangka pula dapat saman RM2 juta hanya kerana beri pendapat,".
"Saya cuma menyesal sebab tidak baca kontrak betul-betul. Saya tidak tahu, saya tidak boleh beri sebarang pendapat terhadap filem lakonan saya sendiri. Selain itu, saya juga menyesal kerana bersetuju untuk berlakon dengan pengarah tersebut, sedangkan saya banyak mendapat tawaran lakonan yang lebih baik," tambah Nabil. -hmetro

Din Beramboi kesal cakap 'hanjing'

Jumaat, 5 Februari 2010

Perkataan 'hanjing' yang terkeluar daripada mulut pelawak Spontan, Host rancangan Mandi serta juri tetap Raja Lawak Musim keempat (RL4) beberapa minggu lalu, Din Beramboi mengakui kesilapannya kerana terlepas cakap semasa memberi kritikan kepada Kumpulan Antu RL4 bagaimanapun dia menggangap perkataan yang disebutnya itu sebagai perkara biasa.

"Memang saya mengaku terlepas cakap, walaupun saya masih dalam keadaan sedar," ujarnya dengan nada kesal.
Menurut penyampai radio ERA FM ini, dia menganggap perkataan 'hanjing' yang dikeluarkan itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu dibesar-besarkan kerana dia sudah pun mengaku salah dan meminta maaf akibat kelancangan mulut 'lasernya' itu.
"Itu perkataan biasa digunakan sekarang, lagipun saya sudah mengaku salah," katanya.
Selain itu, pelawak ini sudah dapat mengagak risiko yang bakal diterimanya selepas mengeluarkan perkataan yang hanya layak digambarkan kepada spesis binatang sahaja.
"Selepas menyebut perkataan itu, saya dapat rasakan padah yang akan diterima nanti," katanya dalam nada ketawa.
Bagaimanapun, Din mengakui dia sebenarnya tidak bermaksud menyamakan kumpulan tersebut dengan spesis binatang itu.

Sepah RajaLawak Jadi Sampah?

Sabtu, 19 September 2009

Uols ade baca x pancaindera ke bipop ari ahad lepas.? diorg kate skang nih dorg dah terumbang ambing lepas mastro tutup. xde pihak yg nak uruskan dorg skang nih..sbb xde pon dlm kontrak diorg diserap ke AESB ke hape. diorg siap cakap nyesal gile berenti keje smata2 nak kejar jd anak seni hamekk ko. dorg byk melepak kat umah jah skang nih sbb xde job.

ai rase sepah nih ok takat dalam Raja Lwak jah.. bile kluar jadi meluat plak lawak dorg..cam budak terencat plak tgk. klo style lawak camtu sapo la yg nak amek wat show. -Peminat

Kumpulan 'muka pecah pintu' Juarai Raja Lawak 3

Isnin, 23 Mac 2009

Sorakan dan tepukan daripada penonton Gelanggang Raja Lawak Astro musim ketiga peringkat akhir di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), di sini, (6/3) malam tadi telah membuktikan yang kumpulan Sepah memang layak bergelar juara.

Kemenangan Sepah sekaligus menepati ramalan ramai pihak termasuklah pihak juri lebih-lebih lagi apabila undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berpihak kepada tiga jejaka berasal dari Johor iaitu Shahmira Muhamad atau Shuib, 24; Mohd. Nadzri Zainal atau Jep, 23, dan Mohd. Noor Murad atau Mamat, 23.


Sepah yang mengutip undian sebanyak 48.12 peratus berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta jenama Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Menurut pelakon dan pengarah teater, Fauziah Nawi selaku pengkritik tetap program ini, dia memang nampak kesungguhan yang dipamerkan oleh Sepah pada malam ini seolah-olah bersetuju dengan kemenangan kumpulan yang pernah digelarnya sebagai ‘muka pecah pintu’ itu.


“Saya juga menyukai persembahan Sepah yang konsisten pada setiap minggu. Namun, saya memang tidak sangka dengan persembahan mereka pada malam ini.

“Mereka juga menunjukkan lawak yang semulajadi,” ulasnya yang turut meminta maaf kepada kumpulan tersebut termasuk keluarga dan peminat mereka secara langsung di dalam program itu.


Dalam pada itu, peserta wanita pertama yang layak ke peringkat akhir, Nuur Jihan Musa atau Jihan, 25, dinobatkan sebagai naib juara selepas berjaya meraih undi sebanyak 30.82 peratus.

Dengan kemenangan itu, Jihan turut tidak pulang dengan tangan kosong kerana sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro menjadi miliknya.

Sementara Mohd. Amirullah Azmi atau Amir yang dianggap sebagai peserta yang tidak layak memasuki peringkat akhir ini mendapat tempat ketiga dengan undian 21.07 peratus.

Amir tetap mendapat hadiah berupa wang tunai RM8,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Selain Fauziah Nawi, mereka yang turut memberikan kritikan pedas dan membina adalah Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau selaku pengkritik tetap manakala Adlin Aman Ramli sebagai pengkritik jemputan.

Selain peserta lain dalam Raja Lawak 3, juara Raja Lawak 2, Nabil turut membuat persembahan sebelum hos program, Johan dan Zizan Raja Lawak 1 mengumumkan keputusan pemenang.

Pelawak dan pelakon veteran seperti Datuk Yahya Sulong, Param dan Hamid Gurkha juga merupakan antara mereka yang hadir menyaksikan program itu.

Turut serta adalah Along dan Azrul Cham yang turut ditugaskan membuat lintas langsung upacara karpet merah yang pertama kali diadakan dalam program tersebut, Radhi Khalid, Datuk Aziz Sattar, Mazin, Imuda, Sathiya dan Salih Yaacob.

-mStar-