Pada:
Khamis, 14 Januari 2010
Menurut pelajar tahun akhir jurusan Undang-undang dari UiTM, Shah Alam ini, dia dan wakil syarikat rakaman tersebut sedang berbincang dengan lebih terperinci mengenai butiran tawaran itu.

"Memang benar ada sebuah syarikat rakaman dari Amerika Syarikat telah menemui saya untuk dijadikan artis rakaman mereka. Tapi, ia masih dalam peringkat awal dan kami masih lagi berbincang mengenai syarat-syarat yang boleh memuaskan hati kedua-dua belah pihak.
"Buat masa ini, saya tidak boleh menceritakan lebih lanjut mengenai lamaran tersebut. Saya takut untuk maklumkan apa-apa kerana saya belum bersedia lagi. Tunggulah bila segala urusan perbincangan sudah selesai, pasti saya akan umumkan. Setakat ini, saya masih berbincang dengan mereka dan masih mempertimbangkan syarat-syarat. Insya-Allah, kalau sudah rezeki tidak akan ke mana, akan ada peluang menanti saya di sana," katanya yang enggan mengumumkan nama syarikat rakaman yang melamarnya itu.
Tag : America , Berita Artis , UITM , Yuna Yunalis

