Natasha Hudson nak jadi penyanyi

Pada: Isnin, 18 Januari 2010
Sempena kedatangan 2010, aktres Natasha Hudson bertekad untuk membuang jauh-jauh semua 'episod duka' yang pernah membelenggu dirinya sebelum ini. Untuk tahun ini, Natasha Liana Hudson ingin lebih fokus pada karier seninya. Terbaru, pelakon dan model ini bakal melebarkan cabang seninya ke bidang nyanyian pula. Ujar Natasha, keyakinannya terhadap strategi promosi dan pemasaran serta fleksibiliti yang dipraktikkan oleh syarikat Alibi terhadap imej dan konsep albumnya telah menawannya untuk bernaung di bawah syarikat itu.


"Sebenarnya, saya sudah menjadi artis mereka sejak November lalu. Cuma, kebetulan di Konsert Alibi, malam semalam (kelmarin) baru saya diperkenalkan kepada umum. Penyertaan saya dalam Alibi, berikutan hubungan rapat saya dengan Cat Farish. Mengikut perancangan asal, album saya sepatutnya diterbitkan oleh Cat, beberapa tahun yang lepas. Tapi, disebabkan oleh beberapa masalah dan kesibukan kerja, projek itu tertangguh begitu sahaja hingga hari ini." kata Natasha lagi.

Tag : , , ,