Majlis Rahsia Azwan Ali terjawab

Pada: Jumaat, 15 Januari 2010
Mungkin ada peminat menganggap selebriti dan pengacara kontroversi, Azwan Ali mencetuskan propaganda berikutan terjawabnya ‘Majlis Penuh Rahsia’ baru-baru ini. Seperti yang digembar-gemburkan, Azwan sebelum ini memaklumkan majlisnya dihias serba indah bak taman syurga termasuk sentuhan pelamin berwarna ungu lavender tajaan dan rekaan Rins Suzana. Akhirnya yang ditunggu-tunggu telah terjawab, pada tarikh 13 Januari kelmarin bukanlah tarikh perkahwinan Azwan sebaliknya hari pelancaran Losyen Serai Hijau. Selain daripada majlis harijadi ibunya, Mak Tom yang dilakukan serentak sebulan lebih awal.

“Siapa sangka dalam usia yang bakal mencecah 44 tahun, saya diterima menjadi jurucakap produk. Ini semua rezeki Allah SWT sepulangnya saya dari umrah dan semuanya berpunca gara-gara air mata Azwan Ali dalam siaran Melodi TV3 pada 1 November tahun lalu,” katanya ketika majlis yang berlangsung di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan.
Turut hadir Mawi, Ekin, Chef Wan dan model artis menggayakan barang kemas tajaan Habib Jewels, Diana Danielle, Aleeza Kassim, Nadia AF6, Intan Ladyana, Rabecca Nur Al-Islam, Shafinaz dan Akma AF3.

Tag : , , ,