Pada:
Rabu, 16 Disember 2009
Namun, kini Wan Zaleha yang berusia 46 masih kekal jelita sama seperti dulu walaupun tidak lagi dalam kerjaya itu. Dia bukan lagi wanita yang sering muncul di kaca televisyen, bukan lagi wanita yang sentiasa bersolek tebal dan tidak lagi kerja dari siang hingga ke malam. Ini kerana sejak bergelar seorang ibu kepada Imad Imran, 3, dan isteri kepada Peter Imran Winton Abdullah membuatkan jadual hariannya mula berubah.
Meskipun kini sibuk sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat miliknya sendiri iaitu Asiapromote Ventures Sdn. Bhd, tegas Wan Zaleha dia tetap mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga."Walau sibuk mana pun, setiap malam saya dan suami akan membacakan buku cerita kepadanya. Saya tidak mahu kesibukan kerjaya kami berdua menyebabkan kami mengabai tanggungjawab kepada Imad," terangnya.
Tag : Berita Artis , Keluarga Artis , Pengacara TV , Wan Zaleha Radzi

