Pada:
Ahad, 20 Disember 2009
“Saya nampak Remy pusing badan dan melibas tangan dengan laju ke arah muka kiri cik muda (Ummi Nazeera),”kata seorang saksi kes pergaduhan antara pelakon drama Nur Kasih dan teater Natrah, Remy Ishak, 27, dengan pelakon remaja, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin, 19.
Tindakan Remy itu menyebabkan Ummi terjatuh, kata pembantu rumah pelakon remaja berkenaan, Susi Sumarni, 24. Dia tampil membuat pengakuan di hadapan ibu Ummi, Datuk Maziah Musa, malam kelmarin, semata-mata mahu menjelaskan kedudukan sebenar kejadian yang berlaku di bawah kondominium di Jalan Ampang, dekat sini, 4 Disember lalu.Menurutnya, ketika kejadian dia berada di tangga kondominium berkenaan.
Tag : Gaduh , Gossip Artis , Remy Ishak , Ummi Nazeera

