Pada:
Ahad, 13 Disember 2009
Dengan sekali lafaz, kembar Ekin, pelakon Aien atau Nora'Ain Rahmat, 30, kini selamat bergelar 'Datin' sebagai isteri kepada Datuk Arif Ambrose Leonard Ng. Datuk Arif Ambrose, 41, seorang ahli perniagaan keturunan Cina, dan Aien, selamat diijabkabulkan pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Kedua mempelai dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk dari Pejabat Agama Daerah Petaling, Muhamad Sujak Mohd Dasuki berwalikan bapa Aien, Rahmat Mohamad, 50. Pengantin perempuan menerima wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya, mas kahwin RM300 beserta sembilan hantaran daripada pengantin lelaki seperti alat solek, sirih junjung, al-Quran, kek dan tas tangan. Sementara Aien membalas 11 dulang hantaran kepada Arif. Antaranya adalah persalinan, al-Quran, coklat, set minyak wangi dan telefon bimbit.



Tag : Aien , Gambar Artis , Perniagaan , Pernikahan

