Pada:
Selasa, 15 Disember 2009
Buat pertama kalinya, vokalis yang dikenali sebagai H itu membuat persembahan bersama MUH di hadapan khalayak ramai. Namun begitu, identiti H masih dirahsiakan dan mukanya sengaja diconteng ala-ala muka anggota MUH membuat persembahan lagu Lagu Untukmu di Anugerah Juara Lagu ke-23 pada awal Januari lalu. Menurut Kimi, Black tidak dikira sebagai vokalis sementara mereka kerana penyanyi kelahiran program realiti Mentor musim ke-3 itu hanya mendendangkan sebuah lagu hasil usahasamanya dengan MUH iaitu Drama King.Ini bermakna buat sementara waktu, Black akan turut serta bersama H dan MUH jika melakukan persembahan. H merupakan salah seorang calon vokalis sementara sebelum mereka menemui vokalis tetap MUH. Biarpun Kimi enggan mendedahkan siapakah H, namun ramai di kalangan penggerak industri hiburan tempatan berkata, H itu adalah Hazama AF4. Biar apa pun cakap orang, Kimi menegaskan dia tidak akan menjawab spekulasi itu.
Tag : Akademi Fantasia , Berita Artis , Hazama AF4 , Lan MUH

