Pada:
Sabtu, 12 Disember 2009
Bercerita lanjut mengenai isterinya, Faizal berkata, wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dinikahinya setelah mereka berkawan selama dua tahun. Kata Faizal, dia memilih wanita itu sebagai isteri kerana menepati ciri-ciri wanita idamannya. Apabila ditanya mengenai nama dan latar belakang isterinya, Faizal bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas alasan tertentu.
Tambah Faizal, berita perkahwinan itu tidak mahu dibesar-besarkan kerana menyedari keadaan kesihatan isterinya yang sedang mengandung lapan bulan. Justeru, Faizal tidak mahu berita perkahwinan ini mengganggu kesihatan kandungan isterinya. Bukan dia sengaja hendak menyembunyikan cerita 'baik' itu daripada pengetahuan media dan masyarakat, namun keputusan itu dibuat kerana tidak mahu mensensasikan berita itu demi menjaga kepentingan isteri dan keluarganya.
Tag : Akademi Fantasia , Berita Artis , Faizal AF4 , Perkahwinan Artis

