Ayu terima Zaquan sebagai Suami?

Pada: Isnin, 14 Disember 2009
Enam bulan melayari percintaan boleh dikatakan agak baru. Tapi bak kata orang tak mustahil kita kenal seseorang hari ini dan berkahwin esok hari. Bercerita mengenai rumah tangga, adik kepada pelakon Rozita Che Wan, Ayu Raudhah menjelaskan di sudut hatinya memang sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan.

Tapi segalanya diserahkan kepada takdir untuk menentukan jodohnya sama ada dengan si dia bernama Zaquan atau pun orang lain. Bagi Ayu sendiri, dia menerima segala ketentuan kerana percaya perkara yang baik seperti itu memang banyak dugaannya.
"Ayu tak mahu terlalu mengharapkan apa-apa tetapi kalau jodoh Ayu dengan Zaquan itu terbaik, Ayu akan menerimanya dengan baik," katanya.
Menjelaskan Zaquan sebelum ini seorang yang agak cemburu tetapi lama kelamaan perkara itu dapat diatasi kerana ada perbincangan yang baik di antara kedua belah pihak. Bagi Ayu sendiri dia tidak suka membesarkan perkara kecil dan sebolehnya hendak diselesaikan dengan sebaik mungkin kerana dia tidak suka memikirkan perkara-perkara remeh.

Tag : , , ,