Pada:
Isnin, 16 November 2009
Dalam surat itu Azwan memohon untuk menjalinkan hubungan baik dengan tiga wartawan berkenaan dan melupakan segala sengketa yang pernah terjadi sebelum ini. Menurut Azwan, kesan dari tindakannya menghantar 'notis amaran' kepada tiga wartawan itu, ia menggambarkan seolah-olah beliau yang 'ban' atau larang wartawan untuk menulis pasal dirinya atau menggunakan gambarnya. Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini kerana selalunya pihak wartawan yang akan berbuat demikian.Kata Azwan, dia senantiasa mendoakan segala kekusutan perhubungannya dengan media akan dapat diselesaikan. Petunjuk yang beliau dapat ketika menunaikan umrah baru-baru ini membuat dia terpana dengan keesaan Allah.
Tag : Azwan Ali , Berita Artis , Pengacara TV , Wartawan

