Pada:
Khamis, 29 Oktober 2009
Agaknya ada sebab tertentu membuatkan Ziana belum sedia. Mungkin juga dia terikat dengan perjanjian. Manalah tahu Ziana dan anak-anaknya bakal muncul secara eksklusif di mana-mana media. Ada juga terdengar Ziana terikat dengan penggambaran program realiti yang membabitkan anak-anaknya itu.
Selagi belum selesai penggambarannya dan selagi ia belum disiarkan kepada umum selagi itulah Ziana kena duduk diam dulu. Ingat tak Erra Fazira dulu. Bukan main lagi berahsia dan enggan membenarkan pihak media merakam gambar anak sulungnya. Rupa-rupanya dia terikat dengan program Gugu Gaga Erra.Agaknya Ziana dan anaknya juga sedang sibuk menjalani penggambaran. Tunggulah bila agaknya masa Ziana sedia berkongsi cerita indah bersama media dan memuaskan hati peminat. Dengar-dengar pada Januari 2010 akan ditayangkan anak kembarnya itu. -ManggaOnline
Tag : Anak Artis , Anak Kembar , Berita Artis , Ziana Zain

