Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Ziana Zain dedah kenapa tidak mahu berlakon lagi...

Khamis, 23 Mac 2017

Memetik portal MediaHiburan, Ziana Zain difahamkan tidak lagi akan berlakon. Datuk Yusof Haslam juga pernah menawarkan Ziana untuk berlakon namun Ziana memberikan alasan untuk menumpukan perhatian kepada keluarga, perniagaan dan nyanyiannya.
“Anak-anak sedang membesar, menuju ke fasa remaja yang kita semua tahu, menjaga anak meningkat remaja ini bukan mudah. Jadinya, komitmen terhadap dunia seni, terpaksa dikurangkan demi memberi perhatian pada keluarga.

“Tawaran berlakon itu ada, termasuklah daripada Datuk Yusof Haslam sendiri, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana takut tidak boleh memberi komitmen.

“Saya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Lalu, saya perlu pantau apa yang mereka buat, contohnya dalam soal melibatkan media sosial.

“Anak-anak tidak minat main dan tidak ada akaun Instagram, FB dan sebagainya. Cuma mereka main games atas talian saja. Itu pun, saya tanya juga permainan apa yang mereka mainkan. Bimbang nanti mereka buat yang bukan-bukan," jelas Ziana

Ziana Zain terkini bertudung (17 gambar)

Isnin, 4 April 2016

Sekitar malam Bollywood selebriti terkenal (18 gambar)

Isnin, 15 Februari 2016

Top 10 selebriti masih cantik diusia 40 tahun lebih..

Isnin, 14 Disember 2015

Inilah diantara 10 selebriti pilihan pengarang SinarHarian yang meneliti usia mereka setelah 40 tahun dimana kecantikan mereka semakin menyerlah.

Bahkan kecantikan pada usia begitu amat penting buat mereka untuk setidak-tidaknya tidak mengecewakan peminat-peminat mereka.

Layan..

Bila Shila Amzah nyanyi lagu Madah Berhelah (video)

Isnin, 26 Oktober 2015

Bukan senang nak bawa lagu yang dikatakan tinggi nadanya ni. Memang ramai yang berani cuba dan berjaya di viralkan dilaman sosial. Tidak ketinggalan penyanyi, Shila Amzah yang turut mencuba menyanyi lagu Madah Berhelah dengan versinya tersendiri.

Ziana Zain sindir artis baru tak reti jaga fesyen..

Ahad, 20 September 2015

Memang tidak dinafikan, Ziana Zain merupakan artis yang memetingkan penampilan dan gaya ketika berada di mana-mana. Dan bagi Ziana, dia beranggapan yang ada selebriti baharu ni tak peka dan kurang sensitif dalam menjaga imej bila berada di khalayak umum. Hanya perasan cantik tapi sebenarnya tidak.

Ziana mengakui membelanja RM300 sebulan untuk membeli majalah fesyen dan penampilan bagi rujukan dirinya.
Dalam pemerhatian dan pengamatan saya memang ada artis baharu contohnya yang feeling cantik tetapi sebenarnya bila ambil gambar, hasilnya sebaliknya. Seperti saya katakan, dalam berpakaian ini kena ada ‘try and error’. Sesekali kita kena jual mahal.

Kita berikan sedikit sahaja contohnya kemunculan di tempat awam, baru akan beri impak atau mereka tertunggu-tunggu. Sebab itu juga saya tak berkongsi semua perkara di laman Instagram termasuk mengenai keluarga. Sesekali sahaja saya muat naik gambar. Bak orang putih kata,once in a blue moon.

Punca utama kenapa mikrofon Ziana Zain terbang...

Rabu, 19 Ogos 2015

Inilah dia sebab utama kenapa video di Fesyen Week Kuala Lumpur baru-baru ini yang manjadi viral disebabkan mikrofon terbang oleh Ziana Zain.

Ziana juga beranggapan apa yang terjadi itu adalah sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.
"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

"Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi," -Kata Ziana memetik laporan mStar semalam.
Dalam video itu juga, Ziana bersikap professional dimana Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You!'.

WoW! Ziana Zain buat kejutan di Fesyen Week KL (2 video)

Selasa, 18 Ogos 2015

Memang dasyat lah Ziana Zain ni, walaupun silap tapi dia boleh cover untuk tidak berasa malu, malah aksinya itu seakan-akan membuat lawak sahaja.




Pakaian sendat dan ketat Ziana dapat kecaman (10 gambar)

Selasa, 26 Mei 2015


Silap pakai pakaian sikit oleh golongan artis dah mula ada orang baik akan menegur di laman sosial. Dan ini lah yang terjadi buat Ziana Zain yang memakai pakaian rekaan Rizman Ruzaini di Cannes, France untuk satu festival Islamic Fashion Festival (IFF).

Pakaian yang dipakai oleh Ziana dikecam kerana sendat dan ketat. Dan sekaligus tidak bersesuaian dengan fesyen muslimah sebenar yang dikehendaki syarak.

Anda percaya ini kembar Ziana Zain?

Isnin, 18 Mei 2015

Korang percaya ini kembar Ziana Zain. Pastikan anda tidak percaya bukan. Cuba lihat video dibawah ini, pastinya korang terus percaya. :)

Ziana Zain terkini (9 gambar)

Jumaat, 28 November 2014


Makin cantik dan ayu melihat Ziana Zain bertudung ni kan. Walaupun usianya meningkat, tapi masih kelihatan awet muda gitu.

Untuk pengetahuan, Ziana juga menjadi salah seorang model untuk rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini.

Gambar anak kembar Ziana Zain usia 7 tahun

Jumaat, 14 November 2014

Dah besar dah anak-anak kembar Ziana Zain ni. Gambar Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang usianya kini dah 7 tahun atau darjah satu yang dimuatnaik di dalam laman sosial Instagram milik ibunya, Ziana Zain baru-baru ini. Jom layan.

Gambar Ziana Zain bertudung terbaharu (3 Gambar)

Rabu, 16 Julai 2014

Walaupun hanya bulan Ramadan sahaja penyanyi, Ziana Zain mengenakan tudung, namun dia kelihatan ayu dan lebih berseri daripada tidak bertudung.

Ramai peminatnya agar dia tampil dengan bertudung penuh kelak, mengikut jejak langkah beberapa lagi selebriti tempatan yang sudah kepada arah itu.

Berita terbaharu mengatakan yang Ziana kini sudah bertudung sepenuhnya, katanya berkat doa anak-anaknya sebelum ini. Alhamdulillah. :) -gambar http://instagram.com/rizmanruzaini

Ziana Zain bertudung tapi...

Rabu, 9 Julai 2014

Di dalam ramai-ramai selebriti yang sudah mula bertudung, ada juga yang tengah belajar memakai tudung secara perlahan-lahan dengan menggunakan bulan Puasa Ramadan ini sebagai medan ujian untuk menguji diri agar boleh mempraktikkannya selepas berlalunya Ramadan.

Ziana Zain adalah selebriti yang berbuat demikian. Menurut status di laman sosial miliknya, Ziana hanya memakai tudung bila bulan Ramadan tiba, sebagai menghormati bulan Suci ini.

Namun sebagai peminat Ziana, kita berharap agar Ziana boleh bertudung terus untuk mengekalkan imej bertudung yang cantik ini.

Video penampakkan anak kembar Ziana Zain terkini

Rabu, 7 Mei 2014


Rasanya dah 2 tahun tak melihat gambar anak kembar kepada Ziana Zain. Baru-baru ini dia telah memuatnaik video sekitar sambutan harijadinya di kediaman mereka.

Kelihatan anak kembar Ziana Zain yang sudah membesar, Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang kalau tak silap usia mereka kini sudah mencecah sekitar 11 tahun.

Jom layan. -Instagram http://instagram.com/iamzianazain

Awie, Ziana, Erra bergambar bersama

Selasa, 28 Januari 2014


Tak lama lagi, tiga selebriti lagenda, Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain akan kembali bertaut dalam sebuah lakonan teater di Istana Budaya pada Mac ini dengan tajuk filem yang menaikkan nama mereka, Nostalgia Sembilu.

Korang nak tengok, pastikan dapat tiket lebih awal, kerana penampilan mereka bertiga setelah belasan tahun tidak digandingkan bersama. Dulu zaman bujang, sekarang dah berumahtangga. -Facebook SelebritiOnline

Anak Pesan Ziana Zain Suruh Tutup Aurat/Bertudung

Sabtu, 25 Januari 2014

Menurut sumber blog tempatan, anak kepada Ziana Zain telah memberikan satu kejutan kepada ibunya sendiri. Anaknya, Muhammad Aiman berusia 14 tahun yang kini bersekolah di SMA Muhammadiah Pekan Sabak Bernam, menasihati ibunya itu agar bertudung dan menutup aurat.
"Aiman malah turut berpesan kepada saya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, saya perlu memakai hijab kerana tidak mahu memalukan sekolahnya.

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; "*bila Mama nak pakai tudung*"? Apabila saya cakap saya perlukan masa untuk mengambil keputusan bertudung, dia cakap*"kita tak tahu bila kita akan mati"*.

"Aiman cakap kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana,

"Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam.

"Biarpun beberapa kali saya sudah ditegur oleh Aiman tentang berhijab dan memakai menutup aurat, namun saya tidak pernah memarahinya. Malah saya bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti," -Ziana

Gambar Rizman Ruzaini Yang Terkini

Jumaat, 13 Disember 2013

Rizman Ruzaini merupakan seorang juru fesyen yang dikenali ramai oleh sebilangan selebriti dan juga peminat fesyen tempatan. Kelibatnya beberapa tahun yang lalu menampakkan dia berisi sedikit dan ada kelembutan di wajahnya (atas gambar Murai).

Namun baru-baru ini kelihatan dia berbadan langsing dan penampilannya juga seperti lelaki sejati (bawah gambar terkini dari Instagram miliknya).

Memang sesuatu yang mengejutkan, apa rahsianya tidak dapat dipastikan. Tapi memang salut la kepada Rizman kalau dia sudah seperti ini.

Gambar Ziana dan Anuar Zain

Jumaat, 8 November 2013

Sekali sekala melihat dua adik beradik bergambar apa salahnya juga kan, jarang dapat melihat mereka dapat gambar bersama juga sebenarnya.

Ini pun ada sekeping gambar terbaru yang dapat di ambil diantara penyanyi Anuar Zain dan kakaknya, Ziana Zain.

Kedua-duanya memang best la sepanjang zaman rasanya. :)

6 Tips Diamalkan Ziana Zain Untuk Awet Muda

Rabu, 5 Jun 2013

Umum mengetahui yang usia penyanyi dan juga pelakon yang terkenal satu masa dahulu, Ziana Zain kini mencecah 45 tahun. Tapi dalam usianya yang nak dekat diambang usia emas, Ziana masih lagi kelihatan awet muda dan seakan-akan berusia 30-an. kelas gitue.

Menurut portal GUA, Ziana sempat berkongsi tips penjagaan kecantikkannya. Nak tahu? baca lah kat bawah ni, semoga bermanfaat. Hehe. Wallahualam.
1) Setiap kali mencuci muka jangan lupa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
2) Minum segelas air masak sebaik sahaja bangun daripada tidur. Minum sebelum memberus gigi.
3) Minum air secukupnya untuk memastikan kulit sihat dan menawan. Sekurang-kurangnya tujuh ke lapan gelas sehari.
4) Jangan lupa memakai krim pelindung cahaya matahari setiap kali mahu keluar dari rumah.
5) Kurangkan pengambilan nasi, sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
6) Jangan lupa bersenam untuk dapatkan berat badan ideal.