Pada:
Khamis, 15 Oktober 2009
Mila akhirnya dah beli rumah di sekitar Puchong yang berharga lebih RM300,000 untuk memberi keselesaan kepada keluarganya. Selama ini Mila menyewa dengan orang tuanya di kawasan Damansara. Sewa kat kawasan elit tu mencecah RM1,500 sebulan. Daripada menyewa dan bayar wang yang banyak, kata Mila, lebih baik dia beli terus rumah sebagai aset untuk masa depannya.
Ditambah rezeki Mila yang bertambah selepas bergelar artis ni maka dia mengambil keputusan untuk beli sebuah kediaman bagi dijadikan tempat berteduh untuk ibu bapa dan dua adiknya. Dalam usia muda dan mentah, dia dah ada harta sendiri. Mila juga diakui sebagai sebenarnya seorang budak yang berjimat-cermat dan pandai menjaga kewangannya.
Tag : Akademi Fantasia , Berita Artis , Mila , Penyanyi

