Pada:
Rabu, 14 Oktober 2009
Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi. Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah. Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.
Tag : Berita Artis , Malique , Melissa Maureen , Rompak

