Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rumah Mamat Khalid di rompak!

Khamis, 19 Jun 2014

Khalid mengalami kerugian lebih RM100,00 apabila kediaman teres dua tingkat miliknya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya Timur, di sini dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, disedari isteri beliau, Hasmah Hassan, 50, ketika bangun untuk solat Subuh.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga penjenayah itu memasuki kediaman berkenaan pada jam 3.30 pagi melalui tingkap bahagian tepi rumah yang diumpil.

Hasmah berkata, antara barangan yang dilarikan termasuklah sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, gajet mainan mudah alih (PSP) dan wang tunai RM500.
”Sebaik dapat masuk rumah ini, mereka kemudian mengambil kunci pintu utama rumah dan pagar serta kunci kenderaan yang berada dalam mangkuk di atas piano berhampiran pintu utama rumah.

“Ketika itu, hanya saya dan dua anak iaitu Mohd Khalid Adam, 19, dan Nurhassanah, 14, berada di rumah, sementara Mamat Khalid sedang menjalankan penggambaran filem di Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Tanjung Malim,

"Saya memang terkejut dengan kejadian ini dan hanya mampu menangis,” katanya.
Difahamkan, ia merupakan kejadian kedua, sejak mendiami rumah berkenaan, 10 tahun lalu.

Hasmah berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kampung Rapat pada jam 11 pagi selepas itu.

Katanya, siasatan lanjut tidak menemui sebarang kesan cap jari, namun pihaknya sudah menyerahkan rakaman CCTV kepada polis dalam bentuk cekera padat untuk siasatan. -petikan SinarHarian

Nadia Mustafar disamun dua lelaki! rugi RM20k

Khamis, 5 April 2012

Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Nadia bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry miliknya sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.



Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, terkejut dengan tindakan dua lelaki itu, dia keluar daripada kereta dan menjerit meminta tolong, namun beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.
“Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.

“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” katanya. -Via

Rumah Nabil RL dipecah masuk, rugi RM3000

Khamis, 1 Mac 2012

Rumah Nabil dikhabarkan dipecah masuk perompak dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Mambau Seremban pada semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu, perompak berkenaan bertindak memecah masuk rumah itu melalui sebuah daripada bilik rumah yang kini didiami keluarga bapa saudaranya.

Menurut bapa saudara Nabil, Rahmat Abdul Latiff, kejadian disedarinya sebaik pulang ke rumah berkenaan selepas menghantar anak perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah berhampiran.

Katanya setelah diperiksa, penjenayah berkenaan didapati melarikan komputer riba milik anaknya yang berharga RM3,000.
"Kejadian ini yang pertama berlaku dan saya baru sahaja menetap dua bulan di rumah ini selepas Nabil bersama ahli keluarganya berpindah ke Kuala Lumpur," katanya. -Bernama

Melissa Maureen Dirompak, Dicabul

Rabu, 14 Oktober 2009

Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.

Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi. Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.

Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah. Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti.