Mawi, Raya Pertama bersama Ekin

Pada: Khamis, 24 September 2009
Bercuti selama seminggu untuk beraya di Johor Bahru, Mawi amat bertuah kerana rumah isterinya, Ekin tidak jauh daripada kediamannya. Jadi pada hari raya pertama yang lalu pasangan itu beraya di kedua-dua belah keluarga.

"Seronoklah dapat beraya di kedua-dua belah rumah. Apa yang lebih istimewa ini merupakan sambutan raya pertama saya bersama isteri. Jadi ia amat bermakna buat saya," kata Mawi yang ditemani Ekin.
Sibuk dengan majlis berbuka puasa dan menguruskan perniagaannya di bazar Danga Bay, Johor Bahru pada Ramadan lalu, Mawi tidak sempat membuat sebarang persiapan diri menyambut lebaran. Nasib baik, isterinya telah menyediakan pakaiannya sejak minggu kedua menjalankan ibadah puasa.
"Ramadan lalu saya telah menyewa 41 gerai di bazar dan akan balik setiap hujung minggu untuk menguruskan aktiviti-aktiviti di sana. Jadi sepanjang bulan puasa, saya amat sibuk. Maka, isteri saya telah menyediakan empat pasang baju baru untuk saya.
"Sebenarnya, saya tidak tahu warna baju yang disediakan tetapi mestilah sedondon dengan baju dia," senyum Mawi dengan bahagia.

Tag : , , ,