Faizal Tahir Rehat 6 Bulan

Pada: Khamis, 17 September 2009
Ini adalah berita yang baru dan masih segar lagi. "Superman" aka Faizal Tahir bakal menjalani pembedahan pagi kelmarin (17/9) di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Faizal dikatakan telah mengalami kecederaan pada lutut yang pernah cedera sebelum ini ketika bermain sukan futsal bersama rakan-rakannya. Dengan pembedahan ini, Faizal dijangka akan terpaksa berehat buat jangkamasa sehingga enam bulan. Ini sekaligus bermakna proses rakaman album terbaru beliau yang diterbitkan Audi Mok akan turut tergendala.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar pembedahan Faizal akan berjalan dengan baik dan juga beliau akan cepat sembuh nanti dan menyambut ketibaan Syawal dengan keadaan yang terbaik. Amin2.

Tag : , , ,