Amy Search Dapat Anak Lelaki

Pada: Jumaat, 18 September 2009
Siapa kata Amy Search tak kuat lagi. Seusia 50 tahun, atas pentas masih lagi bertenaga, atas katil siapa yang tahu. Hehe. Itulah yang terjadi apabila, Norish, isteri kepada Amy Search, melahirkan anak ketiga mereka semalam (17/9), jam 3.55 petang di Hospital Gleneagles, Ampang. Amy dan Norish mendapat anak lelaki. Bayi yang sihat dan comel itu seberat 3.5kg dan diberikan nama yang betul-betul Islamic, QaQa At-Tameemi yang bermaksud 'ruang kesempurnaan'. Tahniahlah atas kelahiran zuriat ini, semoga berserilah Raya tahun ni.

Tag : , , ,