Pada:
Selasa, 29 September 2009

Abang mangsa, Romiza, 36, berkata, seorang lelaki dikatakan memasuki unit di tingkat tujuh dengan memanjat saluran paip dan Edi Rizal yang mahu menangkap lelaki itu turut berbuat demikian tetapi tergelincir akibat tidak dapat mencapai palang besi di anjung unit itu. Romiza berkata, terdahulu adiknya bergegas ke tingkat tujuh sebaik diberitahu seorang pencuri sedang bersembunyi di situ selepas lelaki berkenaan dikatakan memecah masuk unit kediaman di tingkat lapan.
“Dia (Edi) kemudian panjat balkoni melalui saluran paip selepas gagal masuk melalui pintu hadapan unit di tingkat tujuh itu tetapi dia tergelincir dan terjatuh,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur(HKL). - BernamaAlfatihah kepada arwah. Tabik kepada keberanian beliau melawan penjenayah.
Tag : Berita Artis , Jenayah , Keluarga Artis , Rusdi Ramli